Anda mempunyai akaun blogger?

Tuesday, June 5, 2012

DUA HOMESTAY BARU AKAN DIBUKA DI TERENGGANU

Sebanyak dua lagi kawasan baru homestay di negeri ini akan didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia pada penghujung tahun ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Sabri Zakaria berkata, dua kawasan tersebut itu ialah Felda Keruak di Besut sebanyak 19 peserta dan Persatuan Homestay Nelayan Kijal di Kemaman sebanyak 10 peserta

Katanya, lawatan di kedua-dua kawasan tersebut akan diadakan dalam waktu terdekat oleh pasukan yang terdiri daripada Pejabat Kementerian Pelancongan bersama Tourism Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Persatuan Homestay sebelum lesen dikeluarkan bagi memastikan semua aspek yang telah ditetapkan dipatuhi.



Salah sebuah homestay di Kuala Besut

"Pada masa ini sebanyak enam kawasan di negeri ini didaftarkan sebagai homestay yang melibatkan seramai 103 peserta," katanya

Mohd Sabri berkata, enam kawasan terbabit ialah dua di Kuala Terengganu (Teluk Ketapang dan Pulau Duyung) dan masing-masing sebuah di Dungun ( Kampung Pasir Raja), Setiu (Kampung Rhu Sepuluh), Besut (Felda Selasih) dan Hulu Terengganu (Kampung Buluh).

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terkeliru dengan homestay yang berdaftar dengan kementerian adalah berkonsepkan tinggal bersama penduduk dan menikmati aktiviti yang dijalankan di homestay berkenaan.

Ini kerana katanya, pada masa ini banyak individu yang menggunakan nama homestay untuk mengiklankan rumah rehat atau rumah penginapan mereka.

"Sehubungan dengan itu pihak kementerian pada masa ini sedang berusaha untuk mangazetkan nama homestay supaya ianya tidak mengelirukan orang ramai terutama pelancong," ujarnya.

Beliau menambah, kementerian tidak mempunyai peraturan untuk mengambil tindakan kepada pihak terbabit kecuali setelah digazetkan kerana lesen tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.


* Petikan dari TEGANUKITA

1 comments:

Eylizar said...

best blog awak..tengok tempat menarik disana...homestay baru ni pun catik ,plan nak g sana juga dengan anak2...saya dari Langkawi..kalau awak dan kawan2 ada plan nak datang PM saya..tq

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails