Thursday, July 8, 2010

KEROPOK LEKOR BUKIT TOK BENG

Suami saya selalu ke Kuala Terengganu atas urusan pekerjaannya. Kebiasaannya jika suami saya ke sana, dia pasti akan beli keropok lekor Bukit Tok Beng yang terletak di laluan ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Keropok lekor ni kiranya terlalu sohor di Kuala Terengganu kerana orang ramai sanggup beratur walaupun berjam-jam lamanya.



di hadapan kedai keropok lekor Bukit Tok Beng

tengok ramainya orang beratur nak beli keropok kat kedai ini


em..nampak menarik dan sedap bukan?



keropok lekor direbus di dalam periuk besar


selepas di rebus..disejat terlebih dahulu


seterusnya di pek di dalam plastik..siap dengan sosnya...sosnya memang sedap sungguh...hingga menjilat jari..


Jika anda ingin menggoreng keropok lekor ini mesti ada caranya juga. Jika anda potong terlalu nipis mungkin rasanya terlalu rangup, manakala jika terlalu tebal mungkin kurang masak. Bergantung kepada individu samaada suka potong-potong secara kecil atau besar. Saya sukakan potongan seperti di bawah kerana rasanya memang sedap selepas digoreng.


potong keropok lekor dengan cara potongan yang anda suka

gorengkan keropok di dalam minyak masak yang panas


siap untuk dimakan....sedap sangat...

2 comments:

  1. Ini adalah merupakan Usahawan Keropok yang patut dicontohi, Selain dapat mengekalkan citarasa yang asli, pembuatannya juga dilakukan dengan mesin.kepada pelawat dari luar terengganu, sila la berkunjung ke 'Keropok Lekur BTB'

    ReplyDelete
  2. Saya ingat nak order jugaklah...Masih ada lagi contact details ke? Gambar keropok dengan label alamat tu agak kurang jelaslah..terimakasih. .kazi@sgmw.co.nz

    ReplyDelete