Walaupun saya telah beberapa kali ke Kuala Terengganu tidak pula saya terfikir untuk singgah ke Dataran Shahbandar. Sebelum ini jika ke Kuala Terengganu, pada fikiran saya ialah hanya untuk ke Pasar Payang di mana tempat yang boleh saya membeli belah pakaian dan pelbagai barangan yang lain. Semasa saya berada di Kuala Terengganu di bulan Ramadhan yang lepas, saya berkesempatan untuk singgah ke sini semasa perjalanan kami melawat ke beberapa tempat yang lain di kawasan sekitarnya. Antara tempat yang berhampiran dengan dataran ini ialah Bukit Puteri, Istana Maziah, Kampung Cina, Masjid Putih dan juga Pasar Payang.
pemandangan hadapan Dataran Shahbandar semasa di awal pagi, masih belum sibuk dengan kenderaan lagi
rumah api turut dibina di sini
Persekitaran di Dataran Shahbandar adalah gah seperti namanya yang sinonim dengan nama salah seorang pembesar istana pada zaman dahulu. Selain daripada bazar ramadhan yang berlangsung di sini semasa bulan Ramadhan baru-baru ini, pelbagai program turut diadakan di sini antaranya Festival Gamelan Sedunia yang turut diadakan di sini sebelum ini. Semasa kami berada di sini, sekumpulan tentera laut sedang membuat latihan memainkan Lagu Negaraku sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
jambatan pendek yang dibina di tengah-tengah dataran ini
Suasana bazar ramadhan yang berlangsung baru-baru ini di Dataran Shahbandar
pasukan tentera laut sedang membuat latihan memainkan lagu Negaraku di dataran ini
Landskap yang dibina di dataran ini dibina dengan indah sekali menyebabkan sesiapa yang berada di sini akan terpesona. Tambahan pula berhampiran dataran ini terdapat jeti untuk ke pulau-pulau di Terengganu yang dibina di tepi muara Sungai Terengganu dan berhampiran dengan Pasar Payang. Persekitaran berhampiran jeti ini sangat indah dengan kapal-kapal dan sampan-sampan yang diletakkan di kawasan muara tersebut. Di kawasan ini juga terdapat perkhidmatan tandas eksklusif yang pernah saya keluarkan sebelum ini.
wakaf yang bercirikan senibina negeri Terengganu yang turut dibina di sini untuk tempat istirehat para pengunjung
jeti ke pulau-pulau di negeri Terengganu
saya paling suka dengan pemandangan ini
anak saya pun suka dengan pemandangan yang indah dari sini
saya org ganu...bleh kate awek ganu la...
ReplyDeletemai la pakat g ganu blake..
mcm2 ade cini....tempat2 pn sdp2 blake.
pasal mknn,perhhhh!!!
mmg sdp2 lake...
rugi klu x singgah....
ganu kiter..............!!!!!!!!!!