Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang jenis kuih muih yang popular di negeri Terengganu. Pada pendapat saya, semua penduduk dari luar negeri Terengganu turut sudah mengenali antara kuih muih tersebut.
Sebenarnya saya tidak dapat pula mengunjungi ke tempat penghasilan kuih muih dari mana-mana tempat tetapi artikel kali ini saya hanya ingin berkongsi jenis-jenis kuih tersebut beserta beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa berada di Pasar Payang. Buat pengetahun anda, di bahagian bawah sekali di Pasar Payang, terdapat banyak jenis kuih tradisional yang dijual di sini. Antaranya kuih bahulu, kuih bakar, akok, tepung pelita,dodol, seman, sagun (tepung yang manis dibalut di dalam kertas) dan lain-lain lagi.
antara kuih tradisional yang dijual di Pasar Payang
kuih bahulu yang berbeza saiz dan nampak enak sekali
Saya berkesempatan membeli dodol daun palas, seman dan sagun untuk anak-anak saya semasa singgah di sini. Sebenarnya mereka tidak pernah merasa makanan seperti itu sebelum ini, buat pertama kalinya saya cuba membeli kuih tersebut supaya mereka dapat mengenali kuih-kuih tradisional negeri Terengganu selain daripada kuih bakar, akok dan bahulu sudah mereka biasa makan sebelum ini.
inilah rupa kuih seman...dari Pulau Rusa
satu beg plastik dodol daun palas ini hanya berharga rm2.00 sahaja
inilah rupa sagun dan cara untuk memakannya
Jika anda mengunjungi ke Pasar Payang jangan lupa singgah ke bahagian bawah yang banyak barangan yang mungkin anda tidak pernah jumpai atau rasa. Harganya turut berpatutan dan rasanya juga enak sekali.
No comments:
Post a Comment