Pantai Peranginan Kelulut
Artikel kali ini saya ingin menceritakan sebuah pantai yang amat terkenal dan terletak di antara Marang dan Rantau Abang. Pantai ini terletak di laluan utama Kuantan – Kuala Terengganu. Pantai tersebut merupakan sebuah pantai berpasir yang ideal untuk berenang dan berjemur. Pengunjung ke pantai ini akan terpesona oleh keindahan alam dan ketenangan apabila berada di sini. Pohon kelapa dan ru yang membentang di sepanjang pantai menyediakan tempat persembunyian yang baik bagi pecinta alam.
Pantai Kelulut unik kerana pasir keemasan yang luas membentuk bentangan yang luar biasa dan air lautnya yang jernih. Keadaan ini memukau kepada sesiapa sahaja yang berada di sini. Selain daripada itu, pantai ini turut dibina dengan pelbagai kemudahan, antaranya pentas awam, tandas, taman permainan dan wakaf-wakaf untuk beristirehat. Kemudahan yang dibina ini akan memudahkan dan menarik minat pengunjung untuk singgah ke sini. Kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini turut disediakan tempat penginapan yang berpatutan harganya.
antara kemudahan yang ada di pantai ini
No comments:
Post a Comment