Di dalam artikel yang lepas pernah saya menceritakan keindahan Pantai Rhu Sepuluh. Dan saya pun pernah memberitahu terdapat gerai yang menjual ikan atau sotong celup tepung yang tersohor di sini. Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini dengan gerai tersebut.Buat pengetahun pengunjung blog, jika anda melalui jalan Kuala Terengganu – Kelantan (jalan pantai) pasti anda dapat melihat banyak gerai-gerai yang menjual makanan laut goreng celup tepung yang berderetan di tepi jalan.
gerai yang terletak di laluan jalan Kuala Terengganu -Kuantan, gambar ini diambil semasa kami sekeluarga pulang dari cuti berhari raya..jalannya yang agak sibuk
pandangan hadapan gerai ini
Antara gerai-gerai yang terdapat di laluan jalan utama Kuala Terengganu- Kelantan tersebut yang paling saya suka singgah untuk menikmati ikan dan sotong celup tepung ialah di Gerai Hasnik Seri Menanti. Gerai ini dianggarkan hanya 400 – 500 meter sahaja dari Pantai Rhu Sepuluh, Kg Rhu Sepuluh. Gerai ini sentiasa dipenuhi dengan penduduk sekitar dan juga penduduk luar dari negeri Terengganu yang bertujuan untuk menikmati makanan di sini. Selain daripada ikan dan sotong celup tepung terdapat juga udang dan ketam celup tepung. Tetapi kebiasaanya jika kami sekeluarga singgah ke sini, kami paling suka memesan ikan dan sotong celup tepungnya bersama air kelapanya.
antara ikan, sotong dan udang celup tepung yang boleh dipilih
antara makanan kegemaran kami sekeluarga di gerai ini
anak saya yang paling gemar makan makanan di sini
Sebenarnya saya sudah beberapa kali singgah ke sini sebelum ini iaitu sejak saya berada di negeri Terengganu iaitu semasa menuntut di salah sebuah Institusi Pendidikan di sini. Pada mulanya, gerai ini dibina betul-betul di tepi laut tetapi pada masa sekarang gerainya telah berpindah ke seberang jalan. Kedainya pun semakin bertambah besar dan makanan yang dijual turut dipelbagaikan berbanding dahulu. Selain daripada ikan, sotong, udang celup tepung, antara makanan lain yang turut dijual ialah satar, keropok goreng, nasi air dan lain-lain lagi.
Kami sekeluarga suka singgah di sini jika melalui jalan ini kerana selain daripada menikmati hidangan proteinnya yang segar dan rangup sekali, kami turut dapat menikmati angin laut yang berlatarkan pemandangan yang indah. Harga makanan di gerai ini turut berpatutan dan tidak rugi jika ada singgah menikmati makanan laut goreng celup tepung di sini kerana ianya berbaloi-baloi.
pemandangan pantai yang indah di seberang jalan
senarai harga makanan di sini
No comments:
Post a Comment