Monday, September 13, 2010

SINGGAH SEBENTAR DI TAMAN REKREASI PULAU KERENGGA

Persinggahan kami yang seterusnya semasa kembali ke Kuantan selepas berhari raya di kampung halaman baru-baru ini ialah di Taman Rekreasi Pulau Kerengga. Taman rekreasi ini adalah terletak di jalan utama Kuala Terengganu – Kuantan. Anggaran jarak taman rekreasi ini dari Kuala Terengganu hampir 35 hingga 40 kilometer. Taman ini adalah berhampiran dengan Hutan Lipur Jambu Bongkok dan Taman Rekreasi Rhu Madu Merchang. Artikel pada masa akan datang, saya akan cuba berkongsi kepada pembaca blog tentang kedua-dua tempat tersebut.



pintu gerbang dan pemandangan yang amat indah di sini

Taman rekreasi ini amat menarik perhatian saya kerana terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan Sungai Merchang dengan Pantai Pulau Kerengga. Pemandangan dari jambatan ini indah dan menawan sekali kepada pengunjung yang pertama kali sampai ke sini seperti saya. Sungai yang terdapat di sini adalah tempat para pengunjung memancing ikan. Apa yang menarik perhatian saya lagi ialah, semua tempat di taman ini adalah berwarna ungu iaitu warna kegemaran saya. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini, antaranya taman permainan kanak-kanak, tandas dan tempat persalinan, wakaf-wakaf untuk beristirehat dan lain-lain lagi.


jambatan yang menghubungkan sungai ke pantai


tempat yang dibina ini memang sesuai untuk para pemancing


antara gambar menarik yang sempat diambil semasa berada di sini


pokok-pokok nipah mencantikkan pemandangan di sini


kemudahan tandas dan bilik persalinan turut disediakan


Di sebabkan kekangan masa untuk mengejar masa untuk kembali ke Kuantan, saya hanya singgah sebentar di sini untuk mengambil beberapa gambar dan tidak sempat untuk ke Pantai Pulau Kerengga. Mungkin pantainya seperti pantai-pantai yang lain pernah saya singgah, iaitu pasirnya yang putih bersih dan air lautnya yang biru serta jernih. Mungkin jika ada rezeki pada masa akan datang, kami sekeluarga cuba akan singgah ke sini untuk lebih lama.


No comments:

Post a Comment