Pada lawatan kali pertama, kami hanya sempat bergambar di pintu gerbang Kampung Cina sahaja kerana waktu hampir malam tetapi lawatan kali kedua saya sempat menjelajah apakah yang istimewa di sini. Sebenarnya lawatan kali kedua ini saya lakukan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri lagi tapi diperamkan begitu sahaja. Semasa menjelajah kawasan ini , saya terjumpa sebuah kedai yang istimewa sekali yang menjual tembikar dan barang-barang dari negara China yang sesuai sekali dengan suasana kawasan Kampung Cina ini.
antara kedai yang menjual tembikar dari negara China yang terdapat di deretan kedai di sini
Selain daripada itu, saya sempat lalu di beberapa lorong yang menyimpan pelbagai sejarah antaranya Lorong Tau Kay Wee Sin Hee, Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia dan lain-lain lagi. Terdapat lorong yang memaparkan ukiran tembaga wajah untuk semua exco kerajaan negeri yang berasal dari sini, dan terdapat lorong yang meletakkan barang-barang yang antik contohnya pondok telefon dan penumbuk batu yang digunakan pada zaman dahulu untuk menghasilkan beras oleh Kedai Lim Peng Gee.
ukiran gambar exco kerajaan negeri yang berasal dari Kampung Cina di salah sebuah lorong di sini
batu penumbuk yang digunakan untuk menghasilkan beras pada zaman dahulu
sempat bergambar di salah sebuah pintu belakang di deretan kedai di sini..
bergambar di tokong lama yang terdapat di sini...
Kami sempat juga melawat ke Telaga Low Tiey yang terletak di belakang deretan kedai di Kampung Cina yang digunakan pada zaman dahulu iaitu sebelum adanya sumber air bersih seperti sekarang. Telaga ini sepatutnya dijaga dan sesuai dijadikan sebagai warisan negeri sebagai paparan umum kepada generasi pada masa kini yang mana betapa sukarnya kehidupan pada masa dahulu untuk mendapatkan sumber air yang bersih berbanding pada masa kini. Sebenarnya sebagai penduduk negara ini, saya amat berbangga kerana negeri Terengganu mempunyai sejarah yang amat berharga sekali untuk dipersembahkan kepada generasi pada masa kini dan juga sebagai tiket masuk pelancong-pelancong dari dalam serta luar negara selain pelbagai tempat yang menarik yang ada di seluruh negeri Terengganu masa kini.batu penumbuk yang digunakan untuk menghasilkan beras pada zaman dahulu
sempat bergambar di salah sebuah pintu belakang di deretan kedai di sini..
bergambar di tokong lama yang terdapat di sini...
No comments:
Post a Comment