Wednesday, November 9, 2011

RINDUNYA KEENAKAN MAKANAN DARI NEGERI TERENGGANU

Sudah hampir setahun blog ini bersawang kerana tiada bahan untuk dimasukkan tentang negeri Terengganu kita kerana penulis berada jauh di negeri di  bawah bayu buat masa ini. Walaupun begitu, penulis senantiasa membuka blog ini untuk mengimbau kembali kenangan semasa berada di negeri Terengganu.


Walaupun berada jauh, negeri Terengganu tetap di hati saya dan keluarga. Ini kerana setiap kali suami bekerja ke semenanjung, pasti saya akan memesan makanan dari negeri ini. Antaranya keropok lekor, keropok keping, dodol daun palas dan juga nisan asli untuk dibuat kuih untuk dibawa ke sini.




Baru-baru ini suami menghadiri kursus di Port Dickson, Negeri Sembilan, sempat lagi saya memesan keropok keping kegemaran kami. Keropok ini dibuat oleh Pn.Rahmah binti Awang dari Kampung Pangkalan Setor. Suami memesan dari kawannya yang sama-sama bekerja di sana dahulu untuk dibawa ke tempatnya berkursus. Sempatlah saya menggunakan keropok itu untuk membuat bahan tambahan untuk nasi kerabu di Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Ramai kawan-kawan kami yang memuji keenakan keropok ini dan ingin memesannya pula.




inilah keropok kegemaran kami..




dalam kotak ini ada 15 peket keropok keping 


Walaupun jauh di perantauan, makanan dari negeri Terengganu tetap boleh dinikmati di sini. Jika sebelum ini suami pernah membawa sate jabi yang telah dibekukan. Rasanya tetap sama walaupun dibekukan, kiranya jika perniagaan hendaklah dilebarkan ke negeri di bawah bayu tiada masalah kerana negara kita mempunyai syarikat penerbangan yang baik.



1 comment:

  1. x perasan pl kotak yg kami letak keropok ni kotak ubat nyamuk..bahaya ni...hehe...racun..tp nasib keropok dipackkan dgn plastik..

    ReplyDelete