Saya ke Pulau Rhu semasa berada di salah sebuah institusi pendidikan di sini untuk menjalani satu kursus wajib di sana. Kami ke sana menaiki bot di Jeti Kuala Besut secara beramai-ramai untuk kursus tersebut. Pengalaman perjalanan ke Pulau Rhu Hentian amat menarik kerana semasa di dalam perjalanan ke Pulau Rhu Hentian, saya ternampak beberapa ekor ikan lumba-lumba. Mungkin ianya spesies ikan lain disebabkan saya kurang arif dengan spesies ikan atau mungkin ikan lumba-lumba tersebut tersesat ke sini.
Di Pulau Rhu Hentian ini memang cantik dan banyak boleh anda melihat keindahan flora dan faunanya. Kami semua berkhemah di sini selama 4 hari dan 3 malam serta tinggal di dalam khemah yang disediakan oleh pihak penganjur. Walaupun di dalam khemah, saya dapat menikmati malam di tepi pantai yang sejuk dan nyaman secara semulajadi tanpa menggunakan kipas atau penyaman udara. Tetapi jika ada pengunjung ingin tidur selesa, ada chalet yang menyediakan perkhidmatan tempat tinggal.
Di sini kami banyak melakukan aktiviti lasak contohnya berkayak, menjelajah hutan Pulau Rhu Hentian. Sepanjang di sini kami amat gembira kerana dapat mengecapi keindahan alam yang tidak mengalami pencemaran dan tiada kesesakan manusia. Amat sesuai bagi pengunjung yang inginkan ketenangan dan ingin cuba hidup bersendirian selama beberapa hari tanpa gangguan orang ramai.
semasa aktiviti jungle tracking
Pulau Rhu Hentian ni di daerah Besut ke? Saya baru tahu ada pulau di Terengganu nama Pulau Rhu Hentian . Yang saya tahu Pulau Perhentian , Redang , Lang Tengah , Kapas , Gemia , Tenggol dan Bidong je. Mana pulau yang paling best. Saya pernah ke Pulau Redang. Memang TERBAIK
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteScuba diving ade x?
ReplyDeleteScuba diving ade x?
ReplyDelete