Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang sebuah pantai yang menarik di kawasan Besut iaitu Pantai Kuala Dendong. Saya pernah ke sini semasa ditugaskan untuk menjadi urusetia untuk program KeKas. Dari Kampung Raja, Besut dianggarkan n mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit untuk ke Kuala Dendong.
lihat pemandangan di belakang saya....cantik bukan?..pengunjung di belakang tu hanya ahli KeKAS sahaja....
bersama rakan yang bersama-sama ditugaskan sebagai urusetia KeKAS
Tempat ini memang sesuai untuk aktiviti perkhemahan, berkelah dan juga untuk aktiviti lasak kerana tempatnya amat bersih dan lapang serta berada jauh dari kawasan kampung. Selain daripada itu juga, terdapat bukit-bukit yang memang menarik untuk dilawati. Tempat ini sememangnya bersesuaian untuk aktiviti perkhemahan yang memerlukan aktiviti yang mencabar seperti jungle tracking dan treasure hunt.
No comments:
Post a Comment