Tuesday, July 13, 2010

MENGHIRUP UDARA PANTAI TELUK MAK NIK

Peluang berada seharian di Kemaman pada hari Sabtu yang lepas, telah digunakan sepenuhnya untuk menjelajah ke seluruh tempat-tempat yang menarik di situ. Tidak terkecuali Pantai Teluk Mak Nik yang selalu disebut-sebut sebagai D'Monica Bay.


Pantai ini berhadapan dengan bangunan INTAN yang sering penjawat-penjawat awam berkursus ke sini. Pantai ini amat sesuai sekali untuk aktiviti perkelahan sambil melepaskan keletihan bekerja atau untuk beristirehat. Terdapat juga aktiviti memancing disini kerana pantainya yang berteluk menjadi syurga kepada penggemar pancing.




Papan tanda Pantai Teluk Mak Nik


Jika lihat daripada papan tanda pantai ini, penyu akan singgah ke pantai ini untuk bertelur. Daripada bacaan saya di internet, spesis yang biasanya datang ke sini adalah penyu agar ataupun Green Turtle kata saintifiknya. Musim penyu naik bertelur di sini adalah antara Mac hingga Oktober. Jadi buat masa ini, dikira di Pantai Teluk Manik adalah mengalu-alukan kehadiran penyu untuk bertelur di sini.


pokok-pokok yang nampak tersusun dan mendamaikan sesiapa yang berada di sini


pemandangan yang cantik....pokok-pokok di tepi pantai ni memang mencantikkan Pantai Teluk Mak Nik


Daripada pantai ini kelihatan banyak kapal-kapal sedang berlabuh di pelabuhan kapal di tepi Pantai Marina. Anak-anak saya yang paling suka bermain di pantai, tambahan pula semasa kami tiba di pantai ini ramai pengunjung sedang mengail dan nampak sungguh meriah suasana tersebut. Di sekitar kawasan pantai ini turut menyediakan kemudahan asas seperti tandas, permainan kanak dan kedai-kedai makan. Selain daripada itu juga jika pengunjung ingin bermalam di sini terdapat chalet yang berhampiran.



anak-anaklah yang biasa suka bermain di tepi pantai...


ramai pengunjung mengambil peluang untuk memancing


No comments:

Post a Comment