penanda ke Taman Rekreasi Bakau Tinggi
siap ada gambar ketam...memang ramai nelayan sedang jual ketam masa saya singgah ke sini
Buat pengetahuan pengunjung, di Malaysia hutan paya bakau menjadi tumpuan utama kerana aspek perlindungan daripada hakisan dan habitat semula jadi pelbagai spesies hidupan. Selain daripada itu juga, hutan paya bakau mempunyai sumbangan yang besar kepada pelestarian alam semula jadi dan habitat pelbagai hidupan liar.siap ada gambar ketam...memang ramai nelayan sedang jual ketam masa saya singgah ke sini
Pokok paya bakau adalah salah satunya tumbuhan darat yang mampu hidup lama dalam air masin. Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai yang kencang. Bakau juga menjadi habitat kera serta beberapa spesies ketam kecil.
Semasa saya berada di Taman Rekreasi Bakau Tinggi ini, beberapa nelayan yang balik dari mencari ketam sedang menjual hasil tangkapan di pondok berhampiran taman ini. Sebenarnya semasa kami ke sini, pintu untuk masuk ke hutan paya bakau ditutup mungkin proses mencantikkan atau pemuliharaan hutan tersebut. Mungkin dalam masa beberapa minggu atau bulan pintu masuk ke hutan itu akan dibuka. Semoga ziarah saya pada masa akan datang, pintu masuk ke dalam hutan paya bakau tinggi ini akan dibuka semula.
Buat pengetahuan pembaca, hutan paya bakau menyerap jumlah karbon dioksida yang tinggi untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia iaitu sebanyak 1.5 tan karbon dioksida bagi setiap 1,000 hektar hutan paya bakau setahun.
Pintu masuk ke hutan paya bakau telah pun ditutup. Jalan yang diperbuat dari kayu tu pun dah rosak. Dah tak boleh masuk..
ReplyDelete