Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, July 12, 2010

TAMAN REKREASI BAKAU TINGGI

Kali ini saya ingin berkongsi kepada pengunjung blog ini tentang Taman Rekreasi Bakau Tinggi yang terletak di tepi jalan raya ke Kuala Terengganu. Saya sempat singgah sebentar di sni semasa ziarah saya ke tempat-tempat menarik di Kemaman. Jika dari bandar Kemaman ke Kuala Terengganu akan terus berjumpa taman ini di sebelah kiri anda. Tetapi jika datang dari arah Kuala Terengganu, anda perlu membuat pusingan U terlebih dahulu.



penanda ke Taman Rekreasi Bakau Tinggi


siap ada gambar ketam...memang ramai nelayan sedang jual ketam masa saya singgah ke sini


Buat pengetahuan pengunjung, di Malaysia hutan paya bakau menjadi tumpuan utama kerana aspek perlindungan daripada hakisan dan habitat semula jadi pelbagai spesies hidupan. Selain daripada itu juga, hutan paya bakau mempunyai sumbangan yang besar kepada pelestarian alam semula jadi dan habitat pelbagai hidupan liar.


Pokok paya bakau adalah salah satunya tumbuhan darat yang mampu hidup lama dalam air masin. Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai yang kencang. Bakau juga menjadi habitat kera serta beberapa spesies ketam kecil.


Semasa saya berada di Taman Rekreasi Bakau Tinggi ini, beberapa nelayan yang balik dari mencari ketam sedang menjual hasil tangkapan di pondok berhampiran taman ini. Sebenarnya semasa kami ke sini, pintu untuk masuk ke hutan paya bakau ditutup mungkin proses mencantikkan atau pemuliharaan hutan tersebut. Mungkin dalam masa beberapa minggu atau bulan pintu masuk ke hutan itu akan dibuka. Semoga ziarah saya pada masa akan datang, pintu masuk ke dalam hutan paya bakau tinggi ini akan dibuka semula.


pintu masuk ke hutan paya bakau


Pengunjung boleh berjalan-jalan untuk menikmati keindahan paya bakau


akar pokok paya bakau


Buat pengetahuan pembaca, hutan paya bakau menyerap jumlah karbon dioksida yang tinggi untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia iaitu sebanyak 1.5 tan karbon dioksida bagi setiap 1,000 hektar hutan paya bakau setahun.

1 comments:

Muhamad Nor said...

Pintu masuk ke hutan paya bakau telah pun ditutup. Jalan yang diperbuat dari kayu tu pun dah rosak. Dah tak boleh masuk..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails