Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga berkesempatan menghadiri sebuah hari keluarga yang dianjurkan oleh pejabat di mana suami saya bekerja di negeri Terengganu. Sememangnya banyak aktiviti yang dianjurkan selama kami berada di sini, diantaranya barbeku, berenang di dalam kolam, sukaneka di tepi pantai dan pelbagai lagi.
aktiviti renang yang menyihatkan...anak kecil saya sedang belajar berenang...
Kali ini sebenarnya saya ingin bercerita tentang hobi anak-anak saya jika pergi ke mana-mana tempat untuk bercuti iaitu mereka suka berenang. Tidak kira kolam atau sungai atau pantai asalkan tempat yang boleh berenang pasti mereka amat suka sekali aktiviti itu. Sebenarnya kelebihan berenang adalah banyak sekali antaranya jika berlaku kecemasan yang tidak disangka sudah tentu ianya sangat berguna kepada kita dan dapat menyelamatkan nyawa kita. Selain daripada itu, aktiviti ini juga dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan kita menjadi kepada bentuk yang baik dan cantik.
Malah aktiviti berenang juga merupakan satu aktiviti yang paling sihat dan sukar mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat juga disarankan oleh doktor kepada mereka yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asma.
Saya sempat merakam beberapa aksi anak-anak saya yang sedang berenang di dalam kolam semasa menghadiri hari keluarga baru-baru ini. Tidak dinafikan jika membawa mereka ke tempat yang ada air, pasti mereka meminta untuk memakai pakaian renang dan berjam-jam di dalam kolam tersebut. Seperti di tempat yang pernah dilawati sepanjang bulan lepas iaitu Lata Tembakah, Lata Belantan, Air Terjun Cemerong, pantai Rantau Abang dan lain-lain lagi.
antara aksi yang sempat dirakam
aksi ganas di dalam kolam
sukanya dapat mandi
terunaku yang semakin membesar dan suka berenang
Pasti sesiapa yang suka berenang amat sesuai sekali ke negeri Terengganu untuk berenang di dasar-dasar laut di pulau-pulau di sini di samping dapat melihat keindahan kehidupan di dasar lautnya.
Share