Anda mempunyai akaun blogger?

Friday, September 17, 2010

MENIKMATI PANORAMA YANG INDAH DI PANTAI BATU RAKIT

Kami sekeluarga sempat singgah di Pantai Batu Rakit semasa perjalanan balik ke Kuantan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Buat pengetahuan pengunjung blog ini, Pantai Batu Rakit terletak di bandar kecil di Batu Rakit di Kuala Terengganu. Bandar ini mendapat namanya dari formasi batu yang berbentuk rakit yang terletak berhampiran pantainya. Pantai ini adalah 30 kilometer dari Kuala Terenggau atau 15 kilometer dari Utara Merang.


papan tanda di Pantai Batu Rakit


batu yang berbentuk rakit dan di atasnya terdapat rumah api kecil


anak-anak saya paling gembira apabila dapat ke pantai


Pantai Batu Rakit mempunyai panorama menarik, sangat cantik dan mendamaikan. Di sini juga banyak rumah homestay yang mengenakan harga berpatutan. Pantainya menghadap Laut China Selatan, menyebabkannya lebih luas dan lebar, berbanding di sebelah pantai barat yang agak sempit kerana terhalang oleh Selat Melaka.


Di kawasan pesisir pantai cantik dihiasi dengan beberapa perahu nelayan dan dikelilingi pula dengan pokok-pokok kelapa yang melambai-lambai. Semasa kami singgah di pantai ini, ramai kanak-kanak yang sedang bermain-main di tepi pantai. Anak-anak saya yang paling gembira sekali semasa singgah di sini. Dan buat kali pertamanya, mereka dapat mengenal obor-obor yang banyak terdampar di tepi pantai ini. Mungkin obor-obor in di bawa oleh pukulan ombak dari tengah lautan dan sehingga sampai ke pantai ini. Suasana di pantai ini nampak semulajadi dan tiada pencemaran yang teruk berlaku serta pantainya juga turut bersih.



saya suka panorama ini..pemandangan yang amat tenang sekali...


kanak-kanak riang berlari-larian di tepi pantai


kanak-kanak yang sedang leka bermain di tepi pantai


kanak-kanak yang sedang bergerak ke perahu-perahu nelayan


bergambar kenangan di samping perahu nelayan


antara gambar-gamabr obor-obor yang sempat di ambil


video pendek pemandangan di Pantai Batu Rakit


video pendek penemuan obor-obor di tepi pantai


Di sini turut ada beberapa gerai yang dibuka untuk pengunjung yang berkunjung ke sini. Dan terdapat kemudahan-kemudahan yang lain seperti taman permainan kanak-kanak, tempat duduk dan tandas. Sesungguhnya tidak rugi singgah di pantai ini kerana dapat merasai keindahan pantai yang berkonsepkan suasana di perkampungan nelayan kerana terdapat banyak perahu-perahu nelayan di tepi pantai.


Saya akui memang saya amat suka sekali ke pantai walau di mana-mana negeri yang saya pergi, tetapi di negeri Terengganu adalah berbeza dengan di negeri lain kerana pemandangannya yang unik serta banyak pantainya yang berlatarkan perkampungan nelayan seperti di sini. Tidak rugi anda singgah di mana-mana pantai di negeri Terengganu kerana berbaloi-baloi yang anda dapat. Sesungguhnya bila anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan mengatakan "Terengganu di hatiku"




1 comments:

Panji-Panji Hitam said...

Lama sungguh hamba tak balik kg batu rakit....rindunya hembusan bayu laut...serta sawah padi di kg.darat batu rakit....insha Allah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails