Anda mempunyai akaun blogger?

Saturday, August 7, 2010

KESEJUKAN AIR DI HUTAN LIPUR / AIR TERJUN LATA BELATAN

Selepas kami sekeluarga menikmati sate di Kedai Sate Mastura, Kg Jabi pada 2 minggu yang lepas, kami terus bergerak ke Hutan Lipur Lata Belatan. Lokasi Hutan Lipur Lata Belatan ini ialah terletak 15 km daripada bandar Jerteh. Jika dari Kedai Sate Mastura dianggarkan hanya 4 km hingga 5km sahaja.


papan tanda Hutan Lipur Lata Belatan


Sebenarnya pada tahun 2002 saya pernah ke sini semasa membuat kerja amal di Kg Jabi semasa menuntut di salah sebuah institusi pendidikan di sini. Keadaan pada masa kini amat jauh berbeza pada masa itu, kerana daripada pemerhatian saya di sini telah banyak kemudahan telah dibina untuk keselesaan para pengunjung. Antaranya pihak Majlis Pembandaran Besut membina papan gelongsor dan memperbaiki tebing-tebing sungai yang curam supaya bertambah menarik untuk pengunjung ke sini. Selain daripada itu, bilangan tandas dan tempat persalinan pakaian turut bertambah dan amat bersih sekali.


kejernihan air di sini tidak dapat disangkal lagi..


Jika ada pengunjung ingin membuat majlis barbeku di kawasan ini, pihak MPB turut menyediakan tempat membakar. Selain daripada itu, terdapat juga surau dan dewan untuk kemudahan pengunjung untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Deretan kedai di sini turut dibina dengan pelbagai kemudahan tidak seperti dahulu hanya gerai-gerai sahaja yang ada.


Buat pengetahuan pembaca di luar, Hutan Lipur Lata Belatan ini turut mempunyai air terjun yang dipanggil air terjun Lata Belatan. Sama seperti keadaan Air Terjun Sekayu di Hutan Lipur Sekayu serta Jeram Tanduk, air di sini turut sejuk dan nyaman. Tempat sebegini amat sesuai untuk kanak-kanak mandi kerana air sungainya yang tidak dalam, jernih dan berpasir halus serta tidak merbahaya.


betapa jernih dan sejuknya air di sini


lihat begitu asyik kanak-kanak mandi di sini


vidoe kanak-kanak yang asyik mandi....


Selain daripada tarikan air terjunnya yang cantik dan keindahan hutan yang terdiri daripada pelbagai flora dan fauna, Gunung Tebu yang menjadi kegilaan kepada pendaki gunung yang sukakan aktiviti lasak. Gunung Tebu mempunyai ketinggian sehingga 7088 meter dan untuk ke puncak Gunung Tebu, pendaki perlu melalui beberapa halangan antaranya Sungai Cakah Dua dan Batu Mat Hassan seterusnya punca air terjun di ketinggian 4950 meter.


papan tanda arah untuk ke mendaki ke Gunung Tebu


Di sini turut disediakan tapak perkhemahan yang luas kepada mereka yang suka menikmati keindahan malam di dalam hutan dan melakukan aktiviti yang lasak seperti jungle tracking di Hutan Lipur Lata Belatan. Selain daripada itu, kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini dengan keadaan yang selesa pihak pengurusan turut menyediakan chalet yang berpatutan harganya.


Rugi jika anda tidak cuba mandi di sini.....bak kata pepatah melayu....tak kenal maka tak cinta....sekali rasa nak lagi.....


5 comments:

im amie said...

sy penah mandi kat sni..kat sni ad tragedi di mana hp sony sy jatuh dlm air..nasib baik selepas 3 hari baraikannya dan jemur sampai kering..hb function sempurna semula..

Norhaizan Abd Kadir said...

oh ya ke?...best kan mandi di sini?..airnya yang sejuk dan jernih sekali....x pa hp jatuh kat sini mudah di cari kerana airnya jernih...dpt dicara dgn mudah..nasib function yerk..kalu x redha je la kena beli hp baru..

Anonymous said...

hai

Norhaizan Abd Kadir said...

hai...

Anonymous said...

bilangan pengunjung takde ke ?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails