Anda mempunyai akaun blogger?

Saturday, October 30, 2010

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN HUJUNG MINGGU DI BAZAAR WARISAN

Semasa berada di sekitar kawasan Bazaar Warisan pada minggu yang lepas, saya sempat mengambil gambar di satu sudut yang menarik di sini. Sudut yang dimaksudkan ialah pentas untuk Persembahan Kebudayaan Hujung Minggu anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri Terengganu. Banyak juga persembahan yang diadakan jika dibaca daripada banting yang digantung di sekitar Bazaar Warisan, antaranya ialah persembahan nyanyian, persembahan rodat, persembahan tarian, persembahan silat kura-kura, persembahan gusti lengan, laga ayam dan dam ular dan demonstrasi pembuatan produk kraf dan masakan tradisional.




pentas di mana persembahan hujung minggu di Bazaar Warisan



Tetapi kehadiran saya pada kali ini adalah tidak bernasib baik kerana pada hari tersebut ialah hari Isnin. Mungkin pada masa akan datang saya perlu merancang untuk ke sini pada hujung minggu pula iaitu hari Sabtu dan Ahad.


Sebenarnya program seperti ini adalah salah satu usaha mempromosoikan negeri Terengganu kepada dunia luar kerana ianya dapat memperkenalkan kebudayaan dan kesenian negeri Terengganu kepada dunia luar. Selain daripada itu, program ini turut menarik pengunjung untuk singgah ke Bazaar Warisan untuk membeli belah. Selain daripada dapat membeli belah, kita juga turut dapat melihat persembahan kebudayaan negeri Terengganu di sini. Jadi berbaloi jika kita datang ke sini dan tidak akan rasa jemu....kerana Terengganu di hatiku..





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails