Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, July 26, 2010

Tentang Blog Ini

• Tema blog ini ialah "BERBALOI DI TERENGGANU KITA". Maksud tema ini ialah seseorang akan dapat banyak faedah jika datang ke negeri Terengganu kerana pelbagai perkara yang boleh dialami antaranya keindahan pulau-pulaunya, pantainya yang bersih, air terjunnya yang sejuk dan jernih, kaya dengan flora dan fauna, kesenian krafnya, pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri, sejarahnya dan makanannya yang sedap serta tersohor di pelusuk negara.


latar blog yang berwarna biru


• Warna latar biru di dalam blog ini menunjukkan negeri Terengganu adalah aman dan damai, kaya dengan keindahan lautnya dan pulau-pulau yang menarik serta menakjubkan.

• Gambar yang berwarna-warni pada banner pula menunjukkan negeri Terengganu yang mempunyai pelbagai aspek yang menarik antaranya dengan kedamaian negara ini, makanan yang popular seperti nasi dagang, keropok lekornya. Aspek-aspek yang lain contohnya kesenian tariannya, kesenian alatan tembaganya serta tenunan songket serta kesenian batik negeri Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails