Anda mempunyai akaun blogger?

Friday, August 6, 2010

MENIKMATI KEENAKAN NASI KERABU DI KEDAI FAUZI NASI KERABU

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang satu makanan yang paling saya gemari jika berkunjung ke Kuala Terengganu. Makanan yang saya maksudkan ialah nasi kerabu di Kedai Fauzi Nasi Kerabu. Kedai Fauzi Nasi Kerabu adalah berhampiran dengan Flat Sri Kolam. Jika anda berada di Kuala Terengganu dan ingin bersarapan pagi, jangan lupa singgah di kedai ini kerana selain daripada nasi kerabu, terdapat juga nasi minyak dan kuih muih.


pekerja yang sedang sibuk membakar ayam....


Kedai ini beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Jika anda tidak pasti yang manakah kedainya, anda hanya perlu cari kedai yang mana pekerjanya sedang membakar ayam bakar atau daging bakar di hadapan kedai tersebut. Selain daripada itu, kedai ini memang ramai dan tidak putus-putus pelanggan keluar masuk dari kedai ini untuk menikmati keenakan nasi kerabunya.


Kedai nasi kerabu Fauzi berhampiran dengan Flat Sri Kolam


nasi kerabu Fauzi yang enak sekali...


Buat pengetahuan anda, nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng, keropok ikan , budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.


Berbeza dengan nasi kerabu Fauzi kerana masih lagi mengekalkan nasi kerabunya yang berwarna biru bersama-sama ulam-ulaman, kelapa goreng, kuah lemak, budu dan ayam bakar atau daging bakar. Nasi Kerabu Fauzi memang sedap dan enak yang akan membuatkan pengunjung masih teringat-ingat akan keenakan dan pasti ingin kembali ke sini lagi. Keistimewaan nasi kerabu di sini kerana kelazatan ayam bakar dan daging bakarnya. Selain daripada itu juga,keistimewaan nasi kerabu di Kedai Fauzi Nasi Kerabu adalah kepekatan kuah lemaknya.


pekerja kedai ini sedang melayan pelangganya..


Jika ada kelapangan masa, pada hujung minggu saya akan ke Kuala Terengganu untuk cuti bersama-sama keluarga tersayang. Dan jika saya singgah ke sini, saya pasti akan bungkus nasi kerabu ayam bakarnya walaupun sudah bersarapan di sini. Bak kata pepatah melayu, tak kenal makan tak cinta dan sekali rasa nak lagi. Anda bila lagi mahu ke sini?..


3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum%0D%0ASaya+berminat+untuk+berkongsi+sesuatu+dengan+web+ini%2C+bagaimana+saya+hendak+menghubungi+pihak+yang+berkaitan....%0D%0A%<?1S2
>'gyh+Manan%0D%0Ajunecaa210%40gmail.com

Papa-NtiQ said...

menarik ye entri2 kat sini pasal trengganu nanti saya sure masuk blog ni sebelum pegi sana.
kalu nak tahu pasal tempat2 makan menarik kat JOHOR pulak dtg la singgah blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com dan jangan lupa follow yer TQ TQ TQ

Me beskot said...

anyone who can help me, cmne nk pegi ke kedai mkn ni.. dlu sy pi ikot rombongan dr kedah, dorg bwk ke sini, tp saya tatau jln. 2nd time gi sana, dhg tatau mn nk cri kedai ni. dh pnh mkn, mmg sedap n murah.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails