Anda mempunyai akaun blogger?

Thursday, July 29, 2010

KEINDAHAN KAWASAN REKREASI TASIK PUTERI...

Kami sekeluarga berkesempatan singgah Kawasan Rekreasi Tasik Puteri semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu pada dua minggu yang lepas. Kawasan Rekreasi Tasik Puteri adalah terletak 33 kilometer daripada bandar Dungun dan 77 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu.


Jika pengunjung dari Kuala Lumpur yang memandu sendiri boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan masuk ke Jalan Jerangau-Jabor sebelum menuju ke bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Dungun.


Panorama di sekitar kawasan tasik ini memang cantik dan indah. Pelbagai kemudahan telah di bina antaranya tempat rehat, kedai makan, tempat perkhemahan serta kawasan tasik ini dijadikan tempat untuk berkayak. Selain daripada itu juga, terdapat juga air terjun yang dibina di kawasan rehat atau di Cafe Tasik Puteri untuk pengunjung yang bertandang ke sini.


Papan tanda Kawasan Rekreasi Tasik Puteri


Pemandangan Kawasan Rekreasi Tasik Puteri


keindahan Tasik Puteri memukau pandangan...


tapak untuk perkhemahan


keindahan air terjun untuk menjamu mata di Kawasan Rekreasi Tasik Puteri

Airnya yang kebiru-biruan


Daripada bacaan saya tentang sejarah Tasik Puteri ini di dapati kawasan ini merupakan bekas lombong bijih besi. Lombong bijih besi ini telah dijumpai pada tahun 1916 seorang Ahli Kajibumi Jepun, Kuhara menjadikan kawasan itu terkenal sehingga ke luar negara. Penemuan hasil galian itu menjadikan tempat berkenaan bukan saja dikenali, malah jumlah penduduk juga meningkat sehingga 6,000 orang termasuk 3,000 pekerja yang bekerja di lombong berkenaan. Bagaimanapun, permintaan yang kurang terhadap galian itu menyebabkan keputusan muktamad dibuat untuk menutup lombong bijih besi pada 1 Oktober 1970.


Pihak kerajaan Terengganu telah menyedari tempat ini kaya dengan keindahan alam semula jadi dan berpotensi menjadi destinasi pilihan pelancong, beberapa projek termasuk penganjuran acara antarabangsa akan dilaksanakan di kawasan berkenaan. Antara program yang telah diadakan ialah
Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2008 yang telah berlangsung pada 29 Mei 2008, menyaksikan lebih 120 atlit berkampung di kawasan itu untuk sukan berkayak sekali gus mempromosikan Tasik Puteri seiring dengan sukan ekstrem berkenaan.


Tempat kayak disimpan


Penulis sedang menikmati pemandanga kawasan Tasik Puteri


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails