Anda mempunyai akaun blogger?

Thursday, October 7, 2010

MAKAN PETANG DI KEDAI ICT HAJI POK LONG

Semasa berada di Kuala Terengganu semasa cuti perayaan baru-baru ini, kami sempat singgah makan petang di kedai ICT Haji Pok Long yang terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Ketapang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Mesti pengunjung blog merasa pelik kedai ICT yang menjual makanan petang bukan?. Saya pun membayangkan dari namanya kedai ini menjalankan perniagaan berkaitan komputer. Sebenarnya ICT adalah singkatan Ikan Celup Tepung (ICT).


banner kedai yang diletakkan di dalam kedai....bukan di luar kedai...mungkin anda tercari-cari banner ini


Kami sekeluarga singgah di kedai ini semasa perjalanan balik dari kampung ke Kuantan. Kebetulan pula waktu tersebut cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, kami meronda-ronda dahulu kawasan Kuala Terengganu sebelum balik ke Kuantan. Semasa kami singgah, kedai ini penuh dengan orang ramai yang berkunjung untuk menikmati makanan petang seperti ikan, sotong, ketam celup tepung, keropok lekor, jemput-jemput dan lain-lain lagi. Apa yang menarik di sini ialah pengunjung perlu layan diri sendiri jika tidak alamatnya hampir berjam-jam la menunggu makanan yang di tempah. Makanan di sini semuanya sedap sehinggakan pengunjung sanggup berebut-rebut tempat duduk lagi. Kedai ini beroperasi dari pukul 2.15 petang sehingga ke 7.30 petang.


kena layan sendiri.....amik makanan dan air sendiri...sudah makan jangan lupa bayar dulu....


kedai ini terletak di tepi jalan raya yang baru ditambak disekitar pantai Lapangan Terbang Sultan Mahmud...ramai pengunjung yang singgah di kedai ini...sesak sikit di hadapan kedai ini...tapi jangan risau banyak parking di depan kedai ini


Saya sempat merakamkan video pendek semasa perjalanan kami ke sini iaitu semasa berada di atas jalan raya yang melewati kawasan lapangan terbang. Jalan raya ini adalah hasil tambakan tanah di tepian pantainya. Selain daripada boleh melihat aktiviti di lapangan terbang ini dari atas jalan raya, kita juga boleh menyaksikan keindahan di tepi pantai yang berhampiran iaitu Pantai Teluk Ketapang.


video semasa di dalam kereta menuju ke Kedai ICT Haji Pok Long....




3 comments:

Azaha Mohamed said...

Mcm mn dgn layanan dio. Biasanya kedai ramai pelanggan, pelayan dia acuh tak acuh saja. Maklumlah orang ramai yg nak makan

Azaha Mohamed said...

Mcm mn dgn layanan dio. Biasanya kedai ramai pelanggan, pelayan dia acuh tak acuh saja. Maklumlah orang ramai yg nak makan

Anonymous said...

blogger pakai innova. sila join kelab kami FB Innova Community Malaysia

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails