Pada lawatan kali pertama, kami hanya sempat bergambar di pintu gerbang Kampung Cina sahaja kerana waktu hampir malam tetapi lawatan kali kedua saya sempat menjelajah apakah yang istimewa di sini. Sebenarnya lawatan kali kedua ini saya lakukan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri lagi tapi diperamkan begitu sahaja. Semasa menjelajah kawasan ini , saya terjumpa sebuah kedai yang istimewa sekali yang menjual tembikar dan barang-barang dari negara China yang sesuai sekali dengan suasana kawasan Kampung Cina ini.
Selain daripada itu, saya sempat lalu di beberapa lorong yang menyimpan pelbagai sejarah antaranya Lorong Tau Kay Wee Sin Hee, Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia dan lain-lain lagi. Terdapat lorong yang memaparkan ukiran tembaga wajah untuk semua exco kerajaan negeri yang berasal dari sini, dan terdapat lorong yang meletakkan barang-barang yang antik contohnya pondok telefon dan penumbuk batu yang digunakan pada zaman dahulu untuk menghasilkan beras oleh Kedai Lim Peng Gee.
0 comments:
Post a Comment