Anda mempunyai akaun blogger?

Saturday, October 30, 2010

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN HUJUNG MINGGU DI BAZAAR WARISAN

Semasa berada di sekitar kawasan Bazaar Warisan pada minggu yang lepas, saya sempat mengambil gambar di satu sudut yang menarik di sini. Sudut yang dimaksudkan ialah pentas untuk Persembahan Kebudayaan Hujung Minggu anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri Terengganu. Banyak juga persembahan yang diadakan jika dibaca daripada banting yang digantung di sekitar Bazaar Warisan, antaranya ialah persembahan nyanyian, persembahan rodat, persembahan tarian, persembahan silat kura-kura, persembahan gusti lengan, laga ayam dan dam ular dan demonstrasi pembuatan produk kraf dan masakan tradisional.




pentas di mana persembahan hujung minggu di Bazaar Warisan



Tetapi kehadiran saya pada kali ini adalah tidak bernasib baik kerana pada hari tersebut ialah hari Isnin. Mungkin pada masa akan datang saya perlu merancang untuk ke sini pada hujung minggu pula iaitu hari Sabtu dan Ahad.


Sebenarnya program seperti ini adalah salah satu usaha mempromosoikan negeri Terengganu kepada dunia luar kerana ianya dapat memperkenalkan kebudayaan dan kesenian negeri Terengganu kepada dunia luar. Selain daripada itu, program ini turut menarik pengunjung untuk singgah ke Bazaar Warisan untuk membeli belah. Selain daripada dapat membeli belah, kita juga turut dapat melihat persembahan kebudayaan negeri Terengganu di sini. Jadi berbaloi jika kita datang ke sini dan tidak akan rasa jemu....kerana Terengganu di hatiku..





Share

Tuesday, October 26, 2010

SUTERA TERENGGANU UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PBPT 2010

Berdebar-debar pula untuk menunggu hari Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010 nanti. Sebenarnya semasa membaca artikel blog daripada peserta Blog Pelancongan Terengganu yang lain pada petang tadi tentang majlis ini terasa berdebar-debar juga kerana saya tidak mendapat pun undangan itu disebabkan masih belum membuka emel kerana seharian membuat kerja yang banyak belum disiapkan. Apabila membuka emel lewat petang tadi, rupanya kandungan emel yang dipaparkan oleh rakan blog sama seperti yang saya terima.



Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana segala usaha saya bersama keluarga selama ini tidak sia-sia. Hanya di dalam majlis ini akan diketahui apakah hadiah yang bakal saya perolehi biarpun sekadar sijil penghargaan dari penganjur yang diterima yang penting saya amat berpuas hati dengan segala usaha yang saya selama ini telah beroleh hasilnya. InsyaALLAH...



Saya pula terfikir apakah baju yang perlu dipakai semasa majlis tersebut??. Daripada undangan emel tersebut, kami (peserta yang layak pertandingan PBPT 2010) perlu memakai pakaian kemas atau baju batik. Sesuai pula dengan tema pakaian pada malam itu iaitu baju batik kerana saya baru sahaja membeli sepasang kain sutera (batik) di Pasar Payang semasa bercuti ke Kuala Terengganu hujung minggu baru-baru ini. Semestinya kain sutera yang baru dibeli itu perlu ditempah dengan segera untuk dipakai semasa menghadiri majlis tersebut. InsyaALLAH....


inilah kain sutera yang baru dibeli hujung minggu lepas di Pasar Payang, sempat ke untuk ditempah untuk majlis 2hb November 2010 ni?


Share

Monday, October 25, 2010

JADUAL PERJALANAN BAS CAS LIGAS

Semasa perjalanan kami sekeluarga ke Pasar Payang pagi tadi, sempat kami singgah sebentar di Perhentian Bas Bandar (Cas Ligas) untuk melihat jadual perjalanan bas ini ke destinasi-destinasi laluannya. Sebenarnya sebelum ini saya tidak tahu pun tentang jadual perjalanan bas ini tetapi disebabkan terdapat pengunjung blog yang bertanyakan tentangnya saya cuba untuk mendapatkan jadual tersebut.



Semasa berada di sini sempat juga saya mengambil gambar jadual perjalanan dari Taman Shahbandar ke destinasi-destinasi lain yang ditampal pada tiang perhentiannya. Terdapat beberapa orang penumpang yang sedang menunggu bas untuk ke destinasi yang berbeza.


Semoga maklumat saya ini memberikan satu informasi untuk pembaca blog di luar sana yang sedang mencari-cari jadual perjalanan bas cas ligas di sekitar kawasan Kuala Terengganu ini. Dan semoga dengan maklumat ini juga memberikan anda satu perjalanan yang menarik semasa melawat ke sini.



perhentian bas bandar (Cas Ligas) di Taman Shahbandar



jadual perjalanan BAS CAS LIGAS


laluan 1


laluan 2


laluan 3

* pengalaman menaiki bas Cas Ligas


Share

CUTI-CUTI MALAYSIA DI KUALA TERENGGANU..

Hari ini merupakan cuti umum di negeri Pahang, jadi kesempatan ini saya dan keluarga datang ke Kuala Terengganu untuk berjalan-jalan ke sini. Petang semalam kami sampai di sini dan terus singgah ke kedai ICT Pok Long untuk makan petang. Walaupun sudah melewati pukul 6.00 petang masih lagi ramai pengunjung yang berkunjung ke sini. Seperti biasa jika ke sini, ikan goreng celup tepung, sotong goreng celup tepung, keropok lekor dan air kelapa adalah menu yang biasa kami makan.



Dan pagi-pagi tadi saya keluar ke Kedai Nasi Kerabu Fauzi untuk menikmati nasi kerabunya yang enak itu. Semasa singgah ke sini masih belum ramai yang datang ke kedai ini. Lupa pula untuk mengambil gambar suasana di kedai ini pada awal pagi semasa membeli nasi kerabu di sini tadi untuk dimasukkan ke dalam blog ini.




Sebentar lagi saya akan keluar ke bandar Kuala Terengganu untuk ke Pasar Payang untuk mencari beberapa barang yang boleh dibawa ke Kuantan sebagai ole-ole. Anda bila lagi ingin ke sini?...Marilah cuti-cuti Malaysia di sini.....pasti berbaloi-baloi yang akan anda dapat jika ke sini.....


Share

Sunday, October 17, 2010

BERENANG ADALAH AKTIVITI YANG SIHAT

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga berkesempatan menghadiri sebuah hari keluarga yang dianjurkan oleh pejabat di mana suami saya bekerja di negeri Terengganu. Sememangnya banyak aktiviti yang dianjurkan selama kami berada di sini, diantaranya barbeku, berenang di dalam kolam, sukaneka di tepi pantai dan pelbagai lagi.


aktiviti renang yang menyihatkan...anak kecil saya sedang belajar berenang...


Kali ini sebenarnya saya ingin bercerita tentang hobi anak-anak saya jika pergi ke mana-mana tempat untuk bercuti iaitu mereka suka berenang. Tidak kira kolam atau sungai atau pantai asalkan tempat yang boleh berenang pasti mereka amat suka sekali aktiviti itu. Sebenarnya kelebihan berenang adalah banyak sekali antaranya jika berlaku kecemasan yang tidak disangka sudah tentu ianya sangat berguna kepada kita dan dapat menyelamatkan nyawa kita. Selain daripada itu, aktiviti ini juga dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan kita menjadi kepada bentuk yang baik dan cantik.


Malah aktiviti berenang juga merupakan satu aktiviti yang paling sihat dan sukar mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat juga disarankan oleh doktor kepada mereka yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asma.


Saya sempat merakam beberapa aksi anak-anak saya yang sedang berenang di dalam kolam semasa menghadiri hari keluarga baru-baru ini. Tidak dinafikan jika membawa mereka ke tempat yang ada air, pasti mereka meminta untuk memakai pakaian renang dan berjam-jam di dalam kolam tersebut. Seperti di tempat yang pernah dilawati sepanjang bulan lepas iaitu Lata Tembakah, Lata Belantan, Air Terjun Cemerong, pantai Rantau Abang dan lain-lain lagi.


antara aksi yang sempat dirakam


aksi ganas di dalam kolam


sukanya dapat mandi


terunaku yang semakin membesar dan suka berenang


Pasti sesiapa yang suka berenang amat sesuai sekali ke negeri Terengganu untuk berenang di dasar-dasar laut di pulau-pulau di sini di samping dapat melihat keindahan kehidupan di dasar lautnya.



Share

Sunday, October 10, 2010

DODOL DAUN PALAS SEBAGAI OLE-OLE DARI TERENGGANU

Setiap minggu suami saya pasti akan membawa balik dodol daun palas dari Kuala Terengganu untuk anak-anaknya sebagai ole-ole. Sebelum ini walaupun sudah bertahun-tahun bekerja dan duduk di sana, tidak pernah pula dia membeli dan cuba rasa tetapi selepas saya memperkenalkan kepadanya kini menjadi kuih kegemaran kami sekeluarga pula. Satu beg plastik yang dibeli akan habis dalam masa sehari sahaja. Malah kami anak beranak akan berebut-rebut takut habis.


satu pek plasti hanya RM2.00 sahaja


Disebabkan ianya dibungkus di dalam daun palas, rasanya wangi dan sedap sekali. Walaupun manis tetapi disebabkan ianya dibungkus kecil-kecil, jadi ianya mudah untuk dimakan dan tidak terasa manisnya. Kebiasaannya kami membeli dodol yang bungkusannya yang besar dan terpaksa dipotong kecil untuk memudahkan dimakan. Tambahan pula, dodol daun palas ini tidak melekit kerana dia telah dibungkus kering di dalam daun palas.


isinya yang kering dan tidak melekit..boleh dimakan begitu sahaja...


Jika anda tidak biasa membeli dodol daun palas dari negeri Terengganu ini, sepatutnya anda beli dahulu satu pek plastik untuk dicuba. Harganya murah sahaja iaitu RM2 untuk satu beg plastik tapi berbaloi-baloi kerana banyak juga bilangan dalam satu pek plastik tersebut. Dodol daun palas ini dijual dimerata-rata tempat di kawasan negeri Terengganu dan tempat paling mudah untuk dicari ialah di Pasar Payang dibahagian bawah sekali iaitu bahagian menjual makanan dan barang-barang dapur.


Share

Thursday, October 7, 2010

MAKAN PETANG DI KEDAI ICT HAJI POK LONG

Semasa berada di Kuala Terengganu semasa cuti perayaan baru-baru ini, kami sempat singgah makan petang di kedai ICT Haji Pok Long yang terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Ketapang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Mesti pengunjung blog merasa pelik kedai ICT yang menjual makanan petang bukan?. Saya pun membayangkan dari namanya kedai ini menjalankan perniagaan berkaitan komputer. Sebenarnya ICT adalah singkatan Ikan Celup Tepung (ICT).


banner kedai yang diletakkan di dalam kedai....bukan di luar kedai...mungkin anda tercari-cari banner ini


Kami sekeluarga singgah di kedai ini semasa perjalanan balik dari kampung ke Kuantan. Kebetulan pula waktu tersebut cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, kami meronda-ronda dahulu kawasan Kuala Terengganu sebelum balik ke Kuantan. Semasa kami singgah, kedai ini penuh dengan orang ramai yang berkunjung untuk menikmati makanan petang seperti ikan, sotong, ketam celup tepung, keropok lekor, jemput-jemput dan lain-lain lagi. Apa yang menarik di sini ialah pengunjung perlu layan diri sendiri jika tidak alamatnya hampir berjam-jam la menunggu makanan yang di tempah. Makanan di sini semuanya sedap sehinggakan pengunjung sanggup berebut-rebut tempat duduk lagi. Kedai ini beroperasi dari pukul 2.15 petang sehingga ke 7.30 petang.


kena layan sendiri.....amik makanan dan air sendiri...sudah makan jangan lupa bayar dulu....


kedai ini terletak di tepi jalan raya yang baru ditambak disekitar pantai Lapangan Terbang Sultan Mahmud...ramai pengunjung yang singgah di kedai ini...sesak sikit di hadapan kedai ini...tapi jangan risau banyak parking di depan kedai ini


Saya sempat merakamkan video pendek semasa perjalanan kami ke sini iaitu semasa berada di atas jalan raya yang melewati kawasan lapangan terbang. Jalan raya ini adalah hasil tambakan tanah di tepian pantainya. Selain daripada boleh melihat aktiviti di lapangan terbang ini dari atas jalan raya, kita juga boleh menyaksikan keindahan di tepi pantai yang berhampiran iaitu Pantai Teluk Ketapang.


video

video semasa di dalam kereta menuju ke Kedai ICT Haji Pok Long....




Share

Monday, October 4, 2010

LAWATAN KALI KE DUA KE KAMPUNG CINA

Walaupun tirai pertandingan blog pelancongan sudah berlabuh pada 30hb September 2010 baru-baru ini, tidak bermakna blog ini dibiarkan bersawang begitu sahaja. Seperti yang dimaklumkan oleh pihak penganjur, blog ini adalah hak milik blogger sendiri jadi tidak kisah samaada ingin memasukkan artikel walaupun tempoh pertandingan sudah berakhir. Sebenarnya pada 30 hb September 2010 ingin benar saya memasukkan lawatan kami kali ke dua saya di Kampung Cina. Tetapi disebabkan banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diedit untuk artikel di dalam blog sebelum ini, akhirnya tidak kesampaian bahan tersebut dimasukkan.


Pada lawatan kali pertama, kami hanya sempat bergambar di pintu gerbang Kampung Cina sahaja kerana waktu hampir malam tetapi lawatan kali kedua saya sempat menjelajah apakah yang istimewa di sini. Sebenarnya lawatan kali kedua ini saya lakukan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri lagi tapi diperamkan begitu sahaja. Semasa menjelajah kawasan ini , saya terjumpa sebuah kedai yang istimewa sekali yang menjual tembikar dan barang-barang dari negara China yang sesuai sekali dengan suasana kawasan Kampung Cina ini.


antara kedai yang menjual tembikar dari negara China yang terdapat di deretan kedai di sini


Selain daripada itu, saya sempat lalu di beberapa lorong yang menyimpan pelbagai sejarah antaranya Lorong Tau Kay Wee Sin Hee, Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia dan lain-lain lagi. Terdapat lorong yang memaparkan ukiran tembaga wajah untuk semua exco kerajaan negeri yang berasal dari sini, dan terdapat lorong yang meletakkan barang-barang yang antik contohnya pondok telefon dan penumbuk batu yang digunakan pada zaman dahulu untuk menghasilkan beras oleh Kedai Lim Peng Gee.






antara lorong yang terdapat di Kampung Cina


ukiran gambar exco kerajaan negeri yang berasal dari Kampung Cina di salah sebuah lorong di sini




batu penumbuk yang digunakan untuk menghasilkan beras pada zaman dahulu

sempat bergambar di salah sebuah pintu belakang di deretan kedai di sini..


bergambar di tokong lama yang terdapat di sini...


Kami sempat juga melawat ke Telaga Low Tiey yang terletak di belakang deretan kedai di Kampung Cina yang digunakan pada zaman dahulu iaitu sebelum adanya sumber air bersih seperti sekarang. Telaga ini sepatutnya dijaga dan sesuai dijadikan sebagai warisan negeri sebagai paparan umum kepada generasi pada masa kini yang mana betapa sukarnya kehidupan pada masa dahulu untuk mendapatkan sumber air yang bersih berbanding pada masa kini. Sebenarnya sebagai penduduk negara ini, saya amat berbangga kerana negeri Terengganu mempunyai sejarah yang amat berharga sekali untuk dipersembahkan kepada generasi pada masa kini dan juga sebagai tiket masuk pelancong-pelancong dari dalam serta luar negara selain pelbagai tempat yang menarik yang ada di seluruh negeri Terengganu masa kini.


bergambar di Telaga Low Tiey..ada pasar di sekitar telaga ini


batu tanda Telaga Low Tiey



Share
Related Posts with Thumbnails