Anda mempunyai akaun blogger?
Showing posts with label Kraftangan. Show all posts
Showing posts with label Kraftangan. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

MELAWAT KE PAMERAN FESBAK 2010 DI TTC

Semasa berada di Kuala Terengganu 28hb November 2010 iaitu sebelum bertolak ke Pulau Pinang, saya sempat melawat ke FESBAK 2010 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). FESBAK atau singkatan kepada Festival Songket, Batek dan Kraftangan yang telah berlangsung bermula 25hb November hingga 4hb Disember 2010.


Di dalam festival ini, banyak pameran barangan seperti songket, batik, kraftangan dan juga makanan tradisional yang diusahakan oleh usahawan-usahawan bumiputera. Saya amat tertarik sekali dengan tenunan songket oleh seorang wanita yang diletakkan di permulaan gerai di pameran di sini. Selain daripada itu terdapat juga gerai cara menganyam barangan tikar atau pelbagai barangan kraf, cara mencanting batek, cara membuat wau, dan juga jualan batek serta beberapa barangan makanan ringan yang diusahakan oleh usahawan bumiputera.



banner yang diletakkan di hadapan pintu masuk ke Pusat Dagangan Terengganu


cara tenunan songket turut dipamerkan di sini


cara membuat wau


cara mencanting batek

cara anyaman barangan kraf dari rotan


pameran baju batek @ sutera Terengganu


FESBAK 2010 seumpama ini adalah bersesuaian untuk memperkenalkan produk usahawan Terengganu kepada pengunjung yang berkunjung ke sini. Festival ini sesuai diadakan bersama-sama dengan program Monsoon Cup yang sedang berlangsung bermula 30hb November hingga 5hb Disember 2010. Iaitu di mana pengunjung yang datang dari seluruh negara untuk menyaksikan pertandingan kapal layar di Monson Cup akan turut singgah ke pameran seumpana ini.



Maka
objektif utama festival selama dua minggu iaitu bertujuan merealisasikan peranan industri kraf sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan sosioekonomi negeri dan negara akan tercapai. Selain itu daripada itu juga, ia turut dapat memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha industri kraf mempromosi dan mengetengahkan produk mereka kepada masyarakat umum selain peluang mencari rakan niaga.



* Laman web Monsoon Cup

* artikel sebelum ini tentang FESBAK 2010



Share

Friday, November 26, 2010

FESTIVAL BATIK, SONGKET DAN KRAFTANGAN 2010 DI TTC

Saya terbaca sebuah artikel di dalam akhbar online Teganuhariini tentang sebuah program yang sedang berlangsung sekarang secara besar-besaran di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menganjurkan festival batik, songket dan kraf Terengganu 2010 bermula 25 November ini sehingga 4 Disember 2010. Program ini akan berlangsung selama dua minggu dan semua penduduk seluruh negara dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut. Sekiranya anda tercari-cari di manakah Pusat Dagangan Terengganu ini terletak di mana, sila klik di sini untuk ke google maps.



Objektif utama festival selama dua minggu itu bertujuan merealisasikan peranan industri kraf sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan sosioekonomi negeri dan negara. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha industri kraf mempromosi dan mengetengahkan produk mereka kepada masyarakat umum selain peluang mencari rakan niaga.



cara menenun songket


demonstrasi mencanting batik


Kebetulan pula pada 30hb November nanti saya akan mengikut Encik suami ke Pulau Pinang kerana ada Konvensyen di salah sebuah hotel di Batu Feringgi dan kami sekeluarga akan singgah di Kuala Terengganu terlebih dahulu sebelum bertolak ke sana. Jadi dapatlah saya singgah ke festival ini untuk melihat program yang sedang berlangsung itu. Mungkin ada pengalaman yang boleh saya kutip semasa berada di dalam festival itu nanti.


Share

Sunday, September 26, 2010

MELAWAT KE KOMPLEKS KRAF NOOR ARFA (NACC)


Jika artikel sebelum ini saya pernah bercerita tentang membeli kain sutera di Pasar Payang, kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini tentang kilang pembuatan sutera yang tersohor di Terengganu. Saya sempat singgah sebentar di sini semasa menemani suami bekerja di Kuala Terengganu iaitu waktu cuti sekolah baru-baru ini. Kilang yang dimaksudkan ialah Noor arfa Batek Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Industri di Cendering dan jarak lokasinya dianggarkan 25 kilometer dari Kuala Terengganu.



pandangan Noor Arfa Craft Complex dari luar pagar



papan tanda arah Noor Arfa Craf Complex (NACC)


Sebenarnya Noor Arfa adalah merupakan gabungan nama daripada pasangannya iaitu Wan Mohd. Ariffin dan Noor Hijerah. Sebenarnya bukan sahaja kilang pengeluaran batik yang terdapat di sini tetapi ia turut dikenali sebagai Noor Arfa Craft Complex. Bangunan Noor Arfa Craft Complex adalah dibina dengan senibina tradisional negeri Terengganu dan cantik sekali.


Noor Arfa Craft Complex adalah pengeluar dan pengedar batik yang terbesar di negeri Terengganu. Selain daripada itu juga, ia merupakan pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan tempatan. Kain batik hasil buatan dari Noor Arfa Batek Sdn Bhd ini memang telah diakui oleh masyarakat tempatan kerana berkualiti tinggi dan pembuatannya yang sangat teliti.



rekabentuk Noor Arfa Craft COmplex bercirikan senibina Terengganu


Di Noor Arfa Craft Complex ini, para pengunjung boleh meninjau di bilik pameran batik-batiknya dan turut boleh membeli dengan secara borong dengan harga yang berpatutan. Selain daripada itu, anda boleh melihat cara-cara pembuatan batik dan boleh merasa mencanting batik secara sendiri. Selain daripada batik, di sini juga terdapat kraftangan daripada ukiran kaca, anyaman dan pembuatan wau.


banner yang menunjukkan perkhidmatan Noor Arfa Craft Complex


cara pembuatan batik (proses melukis, mencanting)


proses pembuatan batik (melukis, mencanting, merebus dan mencetak)



cara pembuatan blok untuk corak pembuatan batik


Noor Arfa Craft Complex turut menyediakan pelbagai kemudahan lain antaranya kopitiam, bilik VIP, Dewan Raja Sehari dan Dewan Seminar yang boleh disewa. Di sini amat sesuai sekali dijadikan sebagai tempat pelancongan samaada berkeluarga, pelajar sekolah atau pelajar ipt yang mengambil bidang berkaitan dan juga pelancong asing yang ingin mengenali dan mendalami kraftangan negeri Terengganu kerana pelbagai pameran berkaitan dengan kraftangan negeri Terengganu ada di sini.


Untuk keterangan lanjut tentang Noor Arfa Craft Complex ini, anda boleh layari laman webnya http://www.noor-arfa.com.my/


Share

Saturday, September 25, 2010

KRAFTANGAN SEBAGAI CENDERAMATA DI KEDAI BATRISHA CRAFT


Semasa berada di Bazaar Warisan baru-baru ini, saya sempat singgah ke kedai kraftangan Batrisha Craft. Kedainya terletak di tingkat dua dan satu-satunya kedai yang menjual kraftangan di bangunan ini. Kedai ini pasti sering menjadi tumpuan kerana kedainya betul-betul berada hampir dengan tangga bergerak menuju ke Bukit Puteri.



kedai Batrisha Craft yang terletak di Bazaar Warisan


Sebenarnya saya memang sukakan barangan kraftangan seperti ini yang boleh dijadikan sebagai kenangan jika pergi ke sesuatu tempat. Bersesuaian dengan negeri yang penuh kesenian dan kreatif, pastinya kraftangan yang dijual antaranya kerang-kerangan dan ukiran kayu menjadi rebutan kepada pelancong dari dalam negeri dan juga luar negeri.



antara ukiran kayu yang tertulis nama turut dijual





kraftangan daripada kerang-kerangan pasti cantik jika digantung di dalam rumah



Selain itu, patung mainan atau perhiasan yang berbentuk penyu turut dijual sebagai kenangan-kenangan kepada para pelancong yang melawat ke sini yang boleh dijadikan sebagai kenangan yang mereka pernah ke sini dan merupakan sebuah negeri yang penyu suka singgah untuk bertelur di sepanjang pantai di Rantau Abang.


kraftangan daripada kayu dan mainan berbentuk penyu turut dijual di sini



Pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk membeli barang-barangan kraftangan seperti ini sebagai cenderamata untuk kenang-kenangan yang anda pernah ke negeri Terengganu. Dan bila melihat cenderamata tersebut pasti kita akan teringat kembali kenangan semasa berada di sini dan mengatakan yang Terengganu di hatiku serta berbaloi-baloi di Terengganu kita..




Share

Friday, September 3, 2010

MEMBELI BELAH DI PASAR BESAR KEDAI PAYANG, KUALA TERENGGANU

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang tempat yang wajib pengunjung singgah jika datang ke Kuala Terengganu. Tempat yang dimaksudkan ialah Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang yang tersohor di seluruh negara. Pasar Besar Kedai Payang ini terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.


pintu hadapan di Pasar Besar Kedai Payang


antara kraftangan yang dijual disini, alatan tembaga dan anyaman


baju batik, kain sutera, kain songket dan baju kelawar yang mesti ada dijual di sini (yang penting kena pandai pilih dan membuat tawar menawar dengan penjual)


Sebenarnya suasana di Pasar Besar Kedai Payang pada bulan Ramadhan ini sebenarnya lebih rancak berbanding dengan bulan sebelum ini. Berbanding semasa persinggahan kami ke sini pada tahun lepas pada kali ini lebih meriah. Semasa kami singgah ke sini pada minggu lepas, peniaga tidak melepaskan peluang menjual makanan untuk persediaan berbuka puasa antaranya buah tamar dan kuih muih untuk sambutan di hari raya. Di pintu besar masuk ke Pasar Besar Kedai Payang kelihatan terdapat deretan khemah yang menjual kuih-muih.


kuih tradisional kegemaran saya turut dijual di sini..


pelbagai barangan dapur yang turut dijual di sini


Pengunjung yang berkunjung ke pasar ini tentu lebih seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini. Jika saya singgah ke sini, saya suka melihat corak dan rekaan baju sutera yang terkini. Apabila mendapat harga berpatutan dan berbaloi selepas proses tawar menawar, paling kurang pun pasti sehelai yang saya akan beli. Saya amat berpuas hati dengan sutera dari negeri ini kerana selain harganya yang berpatutan, ianya amat berbaloi kerana berkualiti dan lebih tahan lama.


seorang penjual wanita yang cantik dan bergaya disamping barangannya


Share

Thursday, July 22, 2010

CENDERAMATA DARI KEMAMAN

Semasa bersiar-siar di kawasan Kuala Kemaman berhampiran dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuala Kemaman , saya terpandang satu kedai yang sangat menarik perhatian. Kedai yang dimaksudkan ialah kedai menjual keropok dan tarikan yang dimaksudkan ialah jualan sampingannya iaitu kulit kerang yang telah mati. Sebenarnya saya suka mengumpul kulit-kulit kerang yang telah mati jika bersiar-siar di mana-mana pantai.


Bagi saya ia hanyalah hobi semata-mata. Tetapi ada juga penduduk yang menjadikan ianya sebagai pendapatan tambahan untuk pendapatan keluarga mereka. Mungkin pengusaha yang menjual cenderamata kulit kerang-kerangan dari bandar-bandar mengambil bahan-bahan tersebut daripada kedai-kedai dari orang kampung seperti ini sahaja. Jika kulit kerang-kerangan ini dijual di bandar-bandar besar atau kedai cenderamata di mana-mana pusat peranginan memang mahal dan amat bernilai kerana ianya dipersembahkan dengan penuh kesenian dan nampak lebih anggun.



nampak antik sangat kedai ini....dan harga kulit kerang yang dijual turut murah....dalam lingkungan RM3-RM5 bergantung kepada saiz, jika besar lebih besar sikit nilainya


indahnya kulit-kulit kerang ini..siap digantung lagi..


tersusun dengan megah...seperti masih hidup lagi...nampak kecantikan yang asli...


Jika anda seorang pengusaha cenderamata atau peminta kulit kerang-kerangan cubalah bersiar-siar di Kawasan Kuala Kemaman jika berminat. Kedai ini satu-satunya yang menjual kulit kerang-kerangan di kawasan Kuala Kemaman.


Share
Related Posts with Thumbnails