Anda mempunyai akaun blogger?
Showing posts with label MARANG. Show all posts
Showing posts with label MARANG. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

MENIKMATI KEHIJAUAN POHON BAKAU DI TAMAN REKREASI RHU MADU MERCHANG


Taman Rekreasi Rhu Madu Merchang terletak di dalam daerah Marang iaitu berada di laluan utama Kuala Terengganu – Kuantan dan berhadapan dengan Hutan Lipur Jambu Bongkok. Taman ini adalah kawasan yang dijadikan tempat persinggahan para pengunjung yang melalui kawasan ini. Di kawasan ini terdapat tempat duduk yang boleh kita beristirehat untuk melepaskan kepenatan sepanjang perjalanan di dalam kenderaan. Kami sekeluarga kebiasaannya akan singgah ke sini jika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu atau dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Taman ini sering menjadi tumpuan orang ramai kerana kawasannya adalah berada di tepi jalan utama.



Taman rekreasi ini terletak di tepi jalan utama Kuantan-Kuala Terengganu


kerusinya yang unik


Di mana sebelah taman ini, terdapat kawasan paya yang dipenuhi paya dan pokok-pokok renek yang lain. Sesiapa yang berada di sini pasti akan tenang dengan pemandangan pohon-pohon bakau dan pokok-pokok renek di sekitar kawasan ini.


kehijauan pokok-pokok di sini yang menenangkan sesiapapun yang berada di sini


Selain itu, kawasan ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, kedai makan, surau dan wakaf untuk berehat. Kebersihan di kawasan ini turut dijaga dengan baik oleh Majlis Daerah Marang. Pasti tidak rugi anda ke sini, malah berbaloi-baloi lagi...dan pasti tidak jemu untuk singgah ke sini lagi kerana sesungguhnya Terengganu di hatiku..



kawasannya yang bersih


Share

Monday, September 13, 2010

SINGGAH SEBENTAR DI TAMAN REKREASI PULAU KERENGGA

Persinggahan kami yang seterusnya semasa kembali ke Kuantan selepas berhari raya di kampung halaman baru-baru ini ialah di Taman Rekreasi Pulau Kerengga. Taman rekreasi ini adalah terletak di jalan utama Kuala Terengganu – Kuantan. Anggaran jarak taman rekreasi ini dari Kuala Terengganu hampir 35 hingga 40 kilometer. Taman ini adalah berhampiran dengan Hutan Lipur Jambu Bongkok dan Taman Rekreasi Rhu Madu Merchang. Artikel pada masa akan datang, saya akan cuba berkongsi kepada pembaca blog tentang kedua-dua tempat tersebut.



pintu gerbang dan pemandangan yang amat indah di sini

Taman rekreasi ini amat menarik perhatian saya kerana terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan Sungai Merchang dengan Pantai Pulau Kerengga. Pemandangan dari jambatan ini indah dan menawan sekali kepada pengunjung yang pertama kali sampai ke sini seperti saya. Sungai yang terdapat di sini adalah tempat para pengunjung memancing ikan. Apa yang menarik perhatian saya lagi ialah, semua tempat di taman ini adalah berwarna ungu iaitu warna kegemaran saya. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini, antaranya taman permainan kanak-kanak, tandas dan tempat persalinan, wakaf-wakaf untuk beristirehat dan lain-lain lagi.


jambatan yang menghubungkan sungai ke pantai


tempat yang dibina ini memang sesuai untuk para pemancing


antara gambar menarik yang sempat diambil semasa berada di sini


pokok-pokok nipah mencantikkan pemandangan di sini


kemudahan tandas dan bilik persalinan turut disediakan


Di sebabkan kekangan masa untuk mengejar masa untuk kembali ke Kuantan, saya hanya singgah sebentar di sini untuk mengambil beberapa gambar dan tidak sempat untuk ke Pantai Pulau Kerengga. Mungkin pantainya seperti pantai-pantai yang lain pernah saya singgah, iaitu pasirnya yang putih bersih dan air lautnya yang biru serta jernih. Mungkin jika ada rezeki pada masa akan datang, kami sekeluarga cuba akan singgah ke sini untuk lebih lama.


Share

Sunday, September 12, 2010

KEUNIKAN PANTAI PERANGINAN KELULUT

Perjalanan pulang ke kampung pada cuti hari raya kali ini amat menyeronokkan kerana selain daripada pulang ke kampung, kami turut singgah ke beberapa tempat yang menarik untuk dikongsi dengan pengunjung blog ini.


Pantai Peranginan Kelulut


Artikel kali ini saya ingin menceritakan sebuah pantai yang amat terkenal dan terletak di antara Marang dan Rantau Abang. Pantai ini terletak di laluan utama Kuantan – Kuala Terengganu. Pantai tersebut merupakan sebuah pantai berpasir yang ideal untuk berenang dan berjemur. Pengunjung ke pantai ini akan terpesona oleh keindahan alam dan ketenangan apabila berada di sini. Pohon kelapa dan ru yang membentang di sepanjang pantai menyediakan tempat persembunyian yang baik bagi pecinta alam.


antara keindahan di pantai ini


Pantai Kelulut unik kerana pasir keemasan yang luas membentuk bentangan yang luar biasa dan air lautnya yang jernih. Keadaan ini memukau kepada sesiapa sahaja yang berada di sini. Selain daripada itu, pantai ini turut dibina dengan pelbagai kemudahan, antaranya pentas awam, tandas, taman permainan dan wakaf-wakaf untuk beristirehat. Kemudahan yang dibina ini akan memudahkan dan menarik minat pengunjung untuk singgah ke sini. Kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini turut disediakan tempat penginapan yang berpatutan harganya.



antara kemudahan yang ada di pantai ini




Share

Thursday, July 8, 2010

PULAU REDANG ANTARA TAMAN LAUT KEPULAUAN REDANG


Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu tapak pemuliharaan penyu yang penting.



Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan menyelam, berkayak dan berenang.



kelihatan banyak kapal-kapal yang sedang berlabuh


pulau redang yang indah dan jernih


kapal-kapal ini menambahkan keindahan pemandangan di sini



Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Terengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini.Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.




Share

Wednesday, July 7, 2010

PULAU KAPAS YANG PULAUNYA SEBERSIH KAPAS

Pulau yang seterusnya yang saya akan paparkan maklumat berkaitannya ialah Pulau Kapas. Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 10 minit dari jeti Marang dengan menggunakan bot laju. Pulau ini adalah pulau yang ramai pengunjung yang ke sana kerana pulau ini paling dekat dengan jeti.


jeti pulau kapas..


Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih. Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.


pantainya yang bersih dan cantik..



Kegiatan yang boleh anda lakukan di pulau ini adalah berenang, menyelam, memancing dan berkayak. Apabila anda menyelam atau snorkeling, anda akan dapat melihat ikan berwarna-warni, karang, penyu dan hidupan laut yang lain di sekitar pulau. Ikan Duyong pernah kelihatan di pulau ini juga.


daratan kelihatan dari pulau ini



Share
Related Posts with Thumbnails