Anda mempunyai akaun blogger?
Showing posts with label Hutan Lipur/Air Terjun. Show all posts
Showing posts with label Hutan Lipur/Air Terjun. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

BERHATI-HATI SEMASA MANDI MANDA DI AIR TERJUN SEMASA MUSIM TENGKUJUH

Saya terbaca satu artikel keluaran surat khabar Metro hari ini tentang kematian seorang pemuda yang sedang mandi di Hutan Lipur Lata Tembakah bersama 2 orang rakannya pada hari semalam. Arwah Ahmad bin Mustafa yang cuba membantu seorang rakannya yang tenggelam semasa mandi tambahan pula rakannya tidak pandai berenang tetapi selepas kawannya sempat diselamatkan, arwah pula yang tenggelam dan tidak timbul-timbul. Rakannya tidak dapat menyelamatkannya kerana air di situ sangat dalam dan sejuk.



keratan akhbar tentang kematian arwah Ahmad yang lemas di Hutan Lipur Tembakah



Takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian anak yang tercinta. Sebenarnya pada musim tengkujuh ini sememangnya air di kawasan sebegini akan menjadi semakin dalam dan sejuk jadi sukar untuk kita menjangkakan apa yang berlaku. Seperti yang pernah saya pergi sebelum ini sememangnya air terjun di Hutan Lipur Tembakah sejuk, apatah lagi dengan keadaan musim tengkujuh sebegini. Jadi nasihat saya semoga pengunjung berhati-hati jika mandi di kawasan air terjun semasa musim tengkujuh seperti ini. Semoga tiada lagi malapetaka sebegini berlaku dan menjadi sempadan pada pengunjung yang berkunjung ke tempat sebegini dalam musim tengkujuh ini.


Kami sekeluarga ada juga niat untuk singgah lagi ke Hutan Lipur Lata Tembakah, tetapi kami simpan dahulu niat ini untuk ke tahun hadapan. Kami menunggu musim tengkujuh berlalu kerana semasa musim panas nanti pasti sesuai untuk mandi sepuas-puasnya dan sesuai untuk aktiviti barbeku.




Share

Thursday, September 30, 2010

PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN DI HUTAN LIPUR CEMERONG


Kemuncak lawatan kami ke tempat-tempat menarik di negeri Terengganu ialah ke Hutan Lipur Cemerong. Perjalanan kami pada hujung minggu yang lepas telah dirancang dengan sebaik-baiknya. Selepas singgah di Makam Sultan Yahya Siak, kami terus bergerak ke Hutan Lipur Cemerong. Hutan Lipur Cemerong ini berada di dalam hutan simpan kekal negeri Terengganu dan terletak di dalam kawasan Hulu Dungun, daerah Dungun. Diangggarkan jarak ke sini adalah 120 kilometer daripada bandar Dungun.


bergambar di papan tanda Hutan Lipur Cemerong


Daripada maklumat di dalam laman web Jabatan Perhutanan negeri Terengganu, Hutan Lipur Cemerong merupakan hutan kekal terbesar iaitu melebihi 300 ekar dan mempunyai air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu air terjun Cemerong. Ketinggian air terjun ini dari kaki air terjun dianggarkan setinggi 250 meter. Di kaki air terjun ini terdapat kolam semulajadi yang boleh dijadikan tempat mandi kepada pengunjung yang ke sini.



gambar yang sempat diambil semasa ke sini


inilah kolam di kaki air terjun tersebut..untuk sampai ke sini, kami perlu mendaki dan turun bukit...tapi berbaloi-baloi...


bergambar kenangan di tepi air terjun....gambar gelap sedikit


Saya memang mendengar buah mulut beberapa orang teman yang mengatakan air terjun di Hutan Lipur Cemerong merupakan air terjun yang paling tinggi di Asia Tenggara dan tidak pula saya dapat bayangkan sejauh mana ketinggian sehinggalah saya sendiri mengalaminya di sana. Selepas melalui beberapa buah kampung iaitu sebelum sampai ke tempat ditujui, dengan mata kepala saya sendiri dapat melihat air terjun gah tinggi di atas bukit sana. Dalam hati tergambar bangga juga saya sebagai rakyat Malaysia kerana terdapat tempat yang indah dan yang menaikkan nama Malaysia di mata dunia.



air terjun yang boleh dilihat dari atas jalan raya....air terjun tertinggi di Asia Tenggara...


Sampai sahaja di sini, kami perlu mendaftarkan nama sebagai langkah keselamatan kami semua. Daripada pemerhatian di sekeliling hutan lipur ini, saya dapati pelbagai kemudahan telah dibangunkan oleh pihak kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan rekreasi ini. Di dalam kawasan ini terdapat kemudahan seperti kantin, surau, tandas dan tempat persalinan, bilik mesyuarat dan juga taman permainan untuk kanak-kanak. Selain daripada itu landskapnya turut cantik dan banyak wakaf-wakaf dibina untuk pengunjung berehat menghilangkan penat semasa mendaki bukit di sini ke tempat air terjun cemerong.


kemudahan yang terdapat di sini...siap ada bilik mesyuarat lagi..


tangki air yang sumbernya dari air bukit


bergambar di peta kawasan Hutan Lipur Cemerong..masing-masing membawa bekal air dan makanan...


Disebabkan semasa sampai di sini adalah waktu tengahari, jadi kami sekeluarga singgah untuk makan tengahari di wakaf yang disediakan oleh pihak pengurusan. Tertarik pula saya dengan binaan wakaf di sini yang bercirikan senibina tradisional dan setiap wakaf tersebut terdapat pili air yang sumbernya dari air bukit atau air terjun di sini.


Perkara yang menakjubkan saya semasa berada di sini ialah semasa sedang asyik mandi tiba-tiba sekumpulan anak-anak ikan datang ke arah kami dan mengigit kaki seumpama di pusat kecantikan spa ikan pula. Apabila kami cuba memberi beberapa keping roti, sekumpulan besar anak-anak ikan datang mengelilingi kami dengan banyak sekali. Itu adalah pengalaman yang pertama dan paling bermakna sekali kerana jika sebelum ini kami singgah mandi di mana-mana air terjun tidak pula banyak ikan yang jinak sebegini. Jika anda ingin alami sendiri, cubalah datang sendiri ke sini. Pasti berbaloi-baloi.......dan pasti tidak jemu untuk ke sini lagi kerana sesungguhnya Terengganu di hatiku..


sekeluarga asyik mandi...sejuknya dan jernihnya air di sini


video pendek semasa mandi di sini


kelihatan ikan yang jinak sedang makan roti



video pendek semasa sekumpulan ikan diberi roti



video pendek sekumpulan ikan keluar dari celah-celah batu



video pendek tentang ikan yang paling saya suka



Share

Thursday, September 23, 2010

PANORAMA YANG INDAH DI HUTAN LIPUR LATA TEMBAKAH

Hutan Lipur Lata Tembakah adalah sebuah tempat yang tidak asing lagi kepada penduduk tempatan di kawasan sekitar daerah Besut, malah seluruh negara amnya. Jarak dari bandar Jerteh ke sini adalah dianggarkan 25 - 30 kilometer manakala dari Kuala Terengganu dianggarkan 65 kilometer. Untuk ke sana pengunjung perlu melalui beberapa buah kampung jika dari arah bandar Jerteh.


papan tanda Hutan Lipur Lata Tembakah


Kami sekeluarga telah singgah ke sini semasa di dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas bercuti hari raya puasa baru-baru ini. Seawal pagi lagi kami telah sampai di sini tetapi rupanya sudah ramai pengunjung yang sampai sebelum kami. Rupanya di Hutan Lipur Lata Tembakah ini mempunyai air terjun yang bertingkat-tingkat iaitu sebanyak lima tingkat.



bergambar kenangan di tugu penerangan hutan lipur lata tembakah


sungainya yang mengalir jernih..menenangkan kepada sesiapa sahaja yang berada di sini


jenis tingkat air terjun dan masa yang diambil untuk ke sana


Untuk masuk ke kawasan air terjun ini, pengunjung perlu melalui jambatan gantung sepanjang 30 meter untuk menyeberangi sungai yang dinamakan Sungai Tenang. Di kawasan ini mempunyai banyak kemudahan yang telah disediakan antaranya surau, taman permainan, wakaf tempat rehat, tandas, bilik persalinan dan lain-lain lagi.


jambatan gantung menghubungkan antara dua daratan


konsep tempat duduk yang dibina sesuai dengan keadaan di sini...bentuk cendawan


banyak chalet yang dibina di sini


harga sewaan tapak perkhemahan dan chalet-chalet di sini


seronoknya jika dapat duduk di chalet ini...di tepi sungai..


Jika ke sini, pasti pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mandi di dalam air terjunnya yang sejuk dan nyaman. Tujuan sebenarnya kami ke sini hanya ingin mengambil gambar kenangan dan hanya sebagai bahan untuk dimuatkan ke dalam blog ini sahaja. Tetapi bila melihat keseronokan pengunjung lain yang mandi di sini, niat kami bertukar pula untuk turut mandi bersama-sama pengunjung yang sedang mandi. Kami hanya sempat mandi di air terjun yang pertama sahaja kerana kekangan masa untuk bergerak balik ke Kuantan. Mungkin pada masa akan datang kami akan singgah ke sini semula untuk lebih lama serta merasai sendiri mandi di kawasan air terjunnya yang bertingkat-tingkat tersebut.



cantik sungguh pemandangan di sini


sejuk dan jernih air di sini...grrr....sebab masih awal pagi lagi..



mandi di dalam air terjun tingkat yang kedua, ketiga, keempat dan kelima adalah impian saya pada masa akan datang...





video pendek pemandangan sungai yang jernih di Lata Tembakah

Share

Saturday, August 7, 2010

KESEJUKAN AIR DI HUTAN LIPUR / AIR TERJUN LATA BELATAN

Selepas kami sekeluarga menikmati sate di Kedai Sate Mastura, Kg Jabi pada 2 minggu yang lepas, kami terus bergerak ke Hutan Lipur Lata Belatan. Lokasi Hutan Lipur Lata Belatan ini ialah terletak 15 km daripada bandar Jerteh. Jika dari Kedai Sate Mastura dianggarkan hanya 4 km hingga 5km sahaja.


papan tanda Hutan Lipur Lata Belatan


Sebenarnya pada tahun 2002 saya pernah ke sini semasa membuat kerja amal di Kg Jabi semasa menuntut di salah sebuah institusi pendidikan di sini. Keadaan pada masa kini amat jauh berbeza pada masa itu, kerana daripada pemerhatian saya di sini telah banyak kemudahan telah dibina untuk keselesaan para pengunjung. Antaranya pihak Majlis Pembandaran Besut membina papan gelongsor dan memperbaiki tebing-tebing sungai yang curam supaya bertambah menarik untuk pengunjung ke sini. Selain daripada itu, bilangan tandas dan tempat persalinan pakaian turut bertambah dan amat bersih sekali.


kejernihan air di sini tidak dapat disangkal lagi..


Jika ada pengunjung ingin membuat majlis barbeku di kawasan ini, pihak MPB turut menyediakan tempat membakar. Selain daripada itu, terdapat juga surau dan dewan untuk kemudahan pengunjung untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Deretan kedai di sini turut dibina dengan pelbagai kemudahan tidak seperti dahulu hanya gerai-gerai sahaja yang ada.


Buat pengetahuan pembaca di luar, Hutan Lipur Lata Belatan ini turut mempunyai air terjun yang dipanggil air terjun Lata Belatan. Sama seperti keadaan Air Terjun Sekayu di Hutan Lipur Sekayu serta Jeram Tanduk, air di sini turut sejuk dan nyaman. Tempat sebegini amat sesuai untuk kanak-kanak mandi kerana air sungainya yang tidak dalam, jernih dan berpasir halus serta tidak merbahaya.


betapa jernih dan sejuknya air di sini


lihat begitu asyik kanak-kanak mandi di sini


vidoe kanak-kanak yang asyik mandi....


Selain daripada tarikan air terjunnya yang cantik dan keindahan hutan yang terdiri daripada pelbagai flora dan fauna, Gunung Tebu yang menjadi kegilaan kepada pendaki gunung yang sukakan aktiviti lasak. Gunung Tebu mempunyai ketinggian sehingga 7088 meter dan untuk ke puncak Gunung Tebu, pendaki perlu melalui beberapa halangan antaranya Sungai Cakah Dua dan Batu Mat Hassan seterusnya punca air terjun di ketinggian 4950 meter.


papan tanda arah untuk ke mendaki ke Gunung Tebu


Di sini turut disediakan tapak perkhemahan yang luas kepada mereka yang suka menikmati keindahan malam di dalam hutan dan melakukan aktiviti yang lasak seperti jungle tracking di Hutan Lipur Lata Belatan. Selain daripada itu, kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini dengan keadaan yang selesa pihak pengurusan turut menyediakan chalet yang berpatutan harganya.


Rugi jika anda tidak cuba mandi di sini.....bak kata pepatah melayu....tak kenal maka tak cinta....sekali rasa nak lagi.....


Share

Sunday, August 1, 2010

MANDI DI LATA / AIR TERJUN BELUKAR BUKIT

Selepas ke Hutan Lipur Sekayu kami bergerak pula ke Air Terjun Belukar Bukit. Dari Hutan Lipur Sekayu hanya 6 km sahaja untuk ke sini. Kawasan perkelahan belukar bukit terletak 20km di selatan kuala berang.


Kawasan ini berbeza dengan keadaan di Hutan Lipur Sekayu, di mana jika di Hutan Lipur Sekayu sesak dengan ramai orang berbanding di sini tidak ramai kiranya privasi sedikit kerana semasa kami singgah di sini hanya terdapat tiga buah keluarga termasuk kami. Kiranya jika nak berkelah dengan tenang tanpa diganggu bolehlah memilih tempat ini.


untuk ke Lata Belukar Bukit, pengunjung perlu jalan terus


keindahan Lata/Air Terjun Belukar Bukit


Sebenarnya Lata belukar bukit adalah kawasan yang baru dimajukan dan popular di kalangan penduduk tempatan. Belukar bukit merupakan tempat perkelahan dan perkhemahan yang menarik. Alam semulajadi serta ketenangan dan kesejukan air menjadi tarikan utama ke kawasan ini.


suasana air terjun belukar


pengunjung sedang berendam dan makan di dalam air terjun belukar...


Kawasan ini kaya dengan flora dan fauna yang semulajadi dan kawasannya juga jauh dari bunyi bising. Pengunjung yang ke sini pasti akan merasa amat tenang dan damai. Tambahan pula bila berendam dengan airnya yang sejuk dan bersih.


pemandangan indah Air Terjun yang mendamaikan kepada sesiapa yang berkunjung ke sini


airnya yang sejuk.....mesti seronok mandi..... kena datang lagi ke sini...




Share

BERKELAH DI HUTAN LIPUR SEKAYU/AIR TERJUN SEKAYU

Pada hujung 2 minggu yang lepas, saya berkesempatan singgah ke Hutan Lipur Sekayu semasa perjalanan ke rumah kakak ipar di Kg.Jabi, Jerteh. Hutan Lipur Sekayu ini tersohor dengan airnya yang jernih dan sejuk.


Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan Hutan Simpanan Hulu Terengganu tambahan. Ianya berada di dalam daerah Hulu Terengganu, 16 kilometer dari Pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar.

Jika anda ingin ke sini tanpa memandu sendiri, anda boleh menaiki bas dari Kuala Terengganu untuk ke Kuala Berang kemudian mengambil teksi untuk ke sini.




pintu gerbang masuk ke kawasan Hutan Lipur Sekayu

lokasi Hutan Lipur Sekayu (klik pada gambar untuk lebih jelas)


bergambar di depan Hutan Lipur Sekayu


Daripada pemerhatian saya semasa singgah di sini, kawasan tempat kereta di sini penuh dengan kereta dan beberapa buah bas persiaran. Ramai pengunjung yang datang ke sini kebiasaannya datang untuk berkelah atau mandi-manda di dalam air terjun sekayu. Airnya yang sejuk dan pemandangannya yang mendamaikan kepada sesiapa yang berkunjung ke sini.



rombongan penulis bergerak untuk masuk ke kawasan air terjun


Hutan Lipur Sekayu sememangnya terkenal dengan buminya yang kaya dengan pelbagai keunikan khazanah semulajadi. Hutan Lipur ini dihiasi indah dengan aliran sungai berair terjun yang dingin dan jernih pastinya menggamit suasana damai, nyaman lagi menyegarkan. Hutan semulajadinya yang berbukit dilitupi barisan hujan tropika yang menghijau, kaya dengan pelbagai spesies pokok termasuklah yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi juga terdapat di sini. Anda juga boleh mengenali pokok-pokok yang bernilai komersial dengan mudah kerana ia ditanda dengan nama serta keterangan ringkas.



ada juga taman orkid dalam Hutan Lipur Sekayu


taman herba ubatan pun ada...


Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, kemudahan dewan turut disediakan kepada pengunjung untuk membuat aktiviti di dalam dewan contohnya sambutan hari keluarga atau lain-lain aktiviti.



gerai yang menjual pelbagai barang turut disediakan untuk pengunjung


Bagi yang cintakan keriangan, di sinilah tempatnya, boleh berkelah dan bergembira sambil mandi manda serta adakan sebarang aktiviti mengisi masa ceria anda di sini. Hutan lipur ini sememangnya sesuai untuk kita beristirehat, tidak kira sama ada bersama keluarga ataupun sahabat handai kerana ia bukan sahaja indah malah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas demi keselesaan kita.


tempat duduk turut disediakan..

dewan terbuka turut dibina di dalam Hutan Lipur Sekayu ni...

chalet yang boleh disewa kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini

Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah apabila mereka datang berkunjung ke sini.



ramai pengunjung yang sedang mandi


air terjun sekayu


Hayati dan terokai Hutan Lipur Sekayu...keunikan, keindahan dan keseronokan yang anda cari pastinya di sini.



Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :


Pejabat Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Daerah Terengganu Barat,

Tel : 09-6252510


Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Tel : 09-6811259


Wisma Perhutanan Negeri Terengganu

Tingkat 8, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu, Malaysia. Tel : 609-6274123



Share

Friday, July 23, 2010

KEINDAHAN AIR TERJUN JERAM TANDUK

Semasa perjalanan ke Kuala Terengganu baru-baru ini, saya berkesempatan singgah di Air Terjun Jeram Tanduk. Tempat ini dianggarkan lebih kurang 20 km hingga 30 km daripada bandar Kemaman.



papan tanda dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu

Dari papan tanda, kita perlu masuk ke kawasan Kampung Air Putih dan lebih kurang 1km anda jumpa simpang dan belok kanan. Seterusnya ikut sahaja papan tanda ke Air Terjun Jeram Tanduk. Tetapi di kawasan ini perlu berhati-hati kerana jalannya belum sepenuhnya diturap dan berbahaya jika waktu musim hujan.


papan tanda ke ke Air Terjun Jeram Tanduk selepas melepasi Kampung Air Putih



papan tanda ke Jeram Air Tanduk


penulis bergambar di tepi papan tanda


Jika pengunjun yang tidak biasa dengan jalan ke sini, pasti fikir yang kita telah sesat. Sebenarnya apabila anda jumpa papan tanda di atas, kita perlu masuk ke laluan jalan yang telah berturap. Jika anda ke laluan selain daripada itu kemungkinan kita akan pergi ke Jeram yang lain pula. Semasa kami singgah di awal pagi, rupanya ada beberapa pengunjung yang berkhemah di sini dan sedang menikmati sarapan pagi.


Pemandangan di sini memang cantik kerana keaslian hutan dan kaya dengan flora dan fauna. Semasa kami singgah di sini, banyak buah berangan yang jatuh bertaburan di atas tanah. Kiranya di sini banyak pokok-pokok hutan yang pelbagai jenis dan ada antaranya pokok-pokok buah-buahan hutan yang boleh di makan.


Saya cuba menjejakkan kaki ke dalam air terjun ini, amat sejuk dan nyaman sekali. Kelihatan di atas batang kayu di hujung sungai,pengunjung yang berkhemah sedang memancing ikan. Ada antara ahli keluarga yang lain sedang membakar ikan hasil pancingan mereka. Sekali sekala melihat keadaan seperti itu ingin pula saya mengajak keluarga berkhemah dan menikmati ikan-ikan sungai bakar yang segar di sini.


pengunjung yang sedang berkhemah


laluan jambatan ke tempat rehat


airnya yang sangat jernih

pengunjung sedang leka memancing ikan


keindahan alam semulajadi memukau setiap pengunjung ke sini

cantik.....

menawan sekali air terjunnya...


jika anda ingin mencari maklumat yang lanjut sila ke laman web Majlis Pembandaran Kemaman... http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/airterjun


Share
Related Posts with Thumbnails