Anda mempunyai akaun blogger?

Sunday, September 19, 2010

SULTAN'S CUP TERENGGANU ENDURANCE CHALLENGE DI TIEP

Sultan’s Cup Terengganu Endurance Challenge 2010 akan diadakan di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong pada 5 hingga 7 November 2010. Lembah Bidong yang terletak di bandar Merang dan berada di dalam daerah Setiu. TIEP ini dianggarkan 25 kilometer dari Kuala Terengganu dan lokasinya adalah di laluan utama jalan raya Terengganu - Kelantan.



banner yang lama telah dipasang di seluruh negeri Terengganu



papan tanda ke TIEP



inilah pintu gerbang atau pintu masuk ke TIEP


Pertandingan seumpama ini pada setiap tahun merupakan satu program yang akan menarik pelancong atau pengunjung dari dalam negara mahupun luar negara ke sini. Malah seperti yang kita sedia maklum, Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Sultan yang merupakan penggemar sukan lasak berkuda. Dan ini merupakan satu tiket yang negeri Terengganu menjadi terkenal di seluruh dunia dengan menguruskan pertandingan sukan lasak seumpama ini.



Tuanku Mizan Zainal Abidin penggemar sukan berkuda


Kebiasaannya hadiah yang ditawarkan untuk sukan lasak ini adalah lumayan dan berbaloi. Kepada penggemar sukan lasak seperti ini yang di luar sana, jangan lepaskan peluang keemasan anda pada hari pertandingan tersebut kerana hadiah pertandingan yang akan dimenangai adalah berbaloi-baloi.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails