Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, August 2, 2010

MAKAN SATE DI KEDAI SATE MASTURA, JABI

Kebiasaannya jika kami sekeluarga teringin makan sate, pasti kami akan ke Kedai Sate Mastura yang terletak di Kg Jabi, Jerteh. Sejak menikmati sate di kedai ini, tiada sate di tempat lain yang dapat menandingi keenakan sate di sini. Terdapat pelbagai jenis sate yang disediakan antaranya sate ayam, sate daging, hati dan tulang. Dan paling sedap jika dimakan di kedai dan masih lagi panas. Sebenarnya keenakan sate Jabi menjadi tumpuan penduduk dari negeri ini setiap kali mahu menikmati sajian tersebut.


Kedai Sate Mastura ini terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu, pengunjung hanya perlu mengambil masa selama satu jam untuk ke kawasan tersebut. Klik di sini untuk melihat lokasi tempat dan link ke google maps.



Kedai Sate Mastura....di sini juga ada disediakan homestay...


Mungkin sate di sini lain daripada lain kerana cara buatan kuah kacangnya yang berbeza daripada tempat lain. Selain daripada itu, kuah sate di kedai ini turut disediakan bersama-sama dengan cili kerana mungkin ada pelanggan yang sukakan kuah kacang yang pedas sedikit.


aktiviti memotong nasi impit, membakar sate dan mengisi kuah kacang..


proses membakar sate oleh pekerja kedai sate mastura...



sate daging yang masing panas..menyelerakan...

sate ayam....makan panas-panas sedap ni...


bersama dengan pengurus kedai sate jabi....Pn. Ramlah bt Dollah..


Daripada hasil wawancara bersama pengurus kedai sate mastura, dalam sehari hampir sebanyak 5,000 cucuk sate dijual dan sebanyak 45 kilogram nasi himpit ditanak . Seawal pukul 8 pagi, setelah bekalan ayam diperoleh, ia akan diproses sebelum diperap dengan rempah seketika dan kemudian mula dicucuk oleh beberapa orang pekerja. Rahsia keenakan sate mastura adalah dari resipi yang diperoleh oleh ibu mertua abangnya sejak zaman-berzaman kerana diproses secara tradisional.


sate sedap dimakan bersama nasi impit, hirisan timun dan bawang...



Menurutnya, setiap kali cuti sekolah atau cuti umum, gerainya akan dipenuhi pelanggan tidak kira penduduk tempatan mahupun dari luar. Tambahan pula, mereka tidak menerima sebarang tempahan ketika bulan puasa mahupun hari raya bagi meluangkan masa bersama keluarga dan beribadat.



4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Setengah org citarasanya lain2,saya menetap di Kampung Jabi jadi saya tau sate mana yang sedap.kat situ ada dua kedai sate yang cukup popular iaitu sate Mastura dengan Sate Lanang. Jika diberi pilihan saya akan pilih SATE LANANG, yang sate mastura sedap gak cuma xboleh menandingi rasa kuah dari sate Lanang.Memang Terrrbaeeeekkkk,,,hehehe

Anonymous said...

Ye,sate Lanang memang cukup popular,masa sy belajar kat USM penang dlu ada sowg lectrr India ckup puji sbb dia pnah mkn kat Sate Lanang smpai asyk ketagih je lau bercuti kat ganu..Sbgai org Besut bangga berbunga2 beb.hehe

Norhaizan said...

oh ye ke...masa saya belajar i Besut tahun 2002, sate Jabi yang tersohor dl...sate lanang dl hanya kedai kecil dan tidak dikenali ramai..sejak akhir3 ni br je terkenal..sebab saya rasa cara buatan sate & kuahnya hampir sama dhn sate mastura sebab..mayb mengopy kot...tp rasa sate mastura masih seperti dulu...sedap hingga menjilat jari...erm..kenapa letak anymous ja nama u?tunjukkan dr yg sebenar br best komen mengomen kan?

[™محد زولفکر] said...

sedapnya sate jabi

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails