Anda mempunyai akaun blogger?

Saturday, July 10, 2010

AKTIVITI LASAK DI PULAU RHU HENTIAN, BESUT

Kali ini saya ingin berkongsi kecantikan dan aktiviti yang boleh di lakukan di Pulau Rhu Hentian. Jika pengunjung ingin ke sana boleh menaiki bot dari Kuala Besut dan hanya memakan masa 10minit hingga 20 minit sahaja menggunakan bot laju.


Saya ke Pulau Rhu semasa berada di salah sebuah institusi pendidikan di sini untuk menjalani satu kursus wajib di sana. Kami ke sana menaiki bot di Jeti Kuala Besut secara beramai-ramai untuk kursus tersebut. Pengalaman perjalanan ke Pulau Rhu Hentian amat menarik kerana semasa di dalam perjalanan ke Pulau Rhu Hentian, saya ternampak beberapa ekor ikan lumba-lumba. Mungkin ianya spesies ikan lain disebabkan saya kurang arif dengan spesies ikan atau mungkin ikan lumba-lumba tersebut tersesat ke sini.



bergambar semasa di Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Rhu Hentian


semasa di dalam bot untuk ke Pulau Rhu Hentian


pemandangan yang cantik dan pantai yang bersih

bersama rakan sebilik...

bersama salah seorang rakan sekelas...


Di Pulau Rhu Hentian ini memang cantik dan banyak boleh anda melihat keindahan flora dan faunanya. Kami semua berkhemah di sini selama 4 hari dan 3 malam serta tinggal di dalam khemah yang disediakan oleh pihak penganjur. Walaupun di dalam khemah, saya dapat menikmati malam di tepi pantai yang sejuk dan nyaman secara semulajadi tanpa menggunakan kipas atau penyaman udara. Tetapi jika ada pengunjung ingin tidur selesa, ada chalet yang menyediakan perkhidmatan tempat tinggal.


dalam proses memasang khemah bersama rakan-rakan


Di sini kami banyak melakukan aktiviti lasak contohnya berkayak, menjelajah hutan Pulau Rhu Hentian. Sepanjang di sini kami amat gembira kerana dapat mengecapi keindahan alam yang tidak mengalami pencemaran dan tiada kesesakan manusia. Amat sesuai bagi pengunjung yang inginkan ketenangan dan ingin cuba hidup bersendirian selama beberapa hari tanpa gangguan orang ramai.


semasa aktiviti jungle tracking


semasa berkayak....jika anda masuk ke dalam air dan lihat banyak hidupan laut yang tinggal di sini antaranya gamat...


4 comments:

Anonymous said...

Pulau Rhu Hentian ni di daerah Besut ke? Saya baru tahu ada pulau di Terengganu nama Pulau Rhu Hentian . Yang saya tahu Pulau Perhentian , Redang , Lang Tengah , Kapas , Gemia , Tenggol dan Bidong je. Mana pulau yang paling best. Saya pernah ke Pulau Redang. Memang TERBAIK

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Scuba diving ade x?

Unknown said...

Scuba diving ade x?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails