Anda mempunyai akaun blogger?

Wednesday, July 7, 2010

PULAU PERHENTIAN DESTINASI YANG MESTI DIKUNJUNGI


Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca dengan sebuah pulau yang sememangnya destinasi yang mesti dikunjungi. Pulau yang saya maksudkan ialah Pulau Perhentian yang terletak 21kilometer dari pinggir pantai Terengganu dan terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian yang dilitupi hutan yang bersih, pepohon kelapa, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan, burung-burung yang berhijrah dan pelancong yang datang bercuti di sini.




jeti pulau perhentian besar


Lokasinya di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang bermakna perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel. Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut-dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini.


pemandangan yang indah yang menakjubkan


Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Sebaliknya, Pulau Perhentian Besar, lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Walau bagaimanapun, kemudahan calet, asrama dan tapak perkhemahan boleh di dapati di kedua-dua buah pulau ini.


antara chalet yang ada di sini


3 comments:

Admin TKC(hos getah) said...

August
Promotion : Open water diving course. 4D3N stay at Arwana Perhentian
Eco Resort & Beach Chalet. . Contact me now. blogterengganu@yahoo.com.
Thanks

Norhaizan Abd Kadir said...

wah ini mesti kena join...

Unknown said...

kene pegi nie

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails