Anda mempunyai akaun blogger?

Thursday, July 15, 2010

MELAWAT AKTIVITI NELAYAN DI LKIM - KUALA KEMAMAN

Alang-alang berada di Kemaman pada minggu yang lepas, kami sekeluarga menyusuri jalan ke Kuala Kemaman dengan harapan ada aktiviti atau tempat yang menarik yang boleh dilewati. Selepas melewati kawasan perhentian bas Kemaman, kami terjumpa papan tanda Kuala Kemaman dengan gambar seorang nelayan memegang ikan. Bila terbaca perkataan "Kuala Kemaman" teringat pula lagu terengganu kita nyanyian Salem dengan lirik lagu...

"hey hey hey bangun weh..tangkap ikang di Kuala Kemamang...petang petang wat kepok gete...ramai orang atah gere.. main dam dua tiga papang...".


Bila dengar teringat lagu tersebut, terasa pula ingin melihat ke kawasan Kuala Kemaman adakah sama keadaannya seperti di dalam lagu tersebut....



papan tanda Kuala Kemaman


Bila sampai ke hujung jalan di Kuala Kemaman, destinasi yang saya tiba ialah LKIM Kuala Kemaman. Apa lagi, ada idea di kepala saya untuk melihat aktiviti nelayan-nelayan yang balik dari laut. Memang saya bernasib baik, ada beberapa nelayan sedang menaikkan ikan dari kapal mereka ke jeti.



LKIM Kuala Kemaman

beberapa nelayan sedang mengasingkan ikan yang baru naik tadi


ikan segar dari laut...


nelayan "moden" sedang menarik ikan-ikan dari jeti untuk diasingkan ke dalam kotak berais untuk dijual


Alangkah seronoknya jika saya menjadi orang Kuala Kemaman kerana hari-hari dapat makan ikan segar yang baru naik dari laut. Selain itu dapat pula menikmati keindahan Kuala Kemaman yang memang menarik kerana dapat melihat Pantai Marina daripada jeti Kuala Kemaman ni.


pemandangan dari Kuala Kemaman....memang cantik..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails