Anda mempunyai akaun blogger?

Tuesday, November 23, 2010

BERHATI-HATI SEMASA MANDI MANDA DI AIR TERJUN SEMASA MUSIM TENGKUJUH

Saya terbaca satu artikel keluaran surat khabar Metro hari ini tentang kematian seorang pemuda yang sedang mandi di Hutan Lipur Lata Tembakah bersama 2 orang rakannya pada hari semalam. Arwah Ahmad bin Mustafa yang cuba membantu seorang rakannya yang tenggelam semasa mandi tambahan pula rakannya tidak pandai berenang tetapi selepas kawannya sempat diselamatkan, arwah pula yang tenggelam dan tidak timbul-timbul. Rakannya tidak dapat menyelamatkannya kerana air di situ sangat dalam dan sejuk.



keratan akhbar tentang kematian arwah Ahmad yang lemas di Hutan Lipur Tembakah



Takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian anak yang tercinta. Sebenarnya pada musim tengkujuh ini sememangnya air di kawasan sebegini akan menjadi semakin dalam dan sejuk jadi sukar untuk kita menjangkakan apa yang berlaku. Seperti yang pernah saya pergi sebelum ini sememangnya air terjun di Hutan Lipur Tembakah sejuk, apatah lagi dengan keadaan musim tengkujuh sebegini. Jadi nasihat saya semoga pengunjung berhati-hati jika mandi di kawasan air terjun semasa musim tengkujuh seperti ini. Semoga tiada lagi malapetaka sebegini berlaku dan menjadi sempadan pada pengunjung yang berkunjung ke tempat sebegini dalam musim tengkujuh ini.


Kami sekeluarga ada juga niat untuk singgah lagi ke Hutan Lipur Lata Tembakah, tetapi kami simpan dahulu niat ini untuk ke tahun hadapan. Kami menunggu musim tengkujuh berlalu kerana semasa musim panas nanti pasti sesuai untuk mandi sepuas-puasnya dan sesuai untuk aktiviti barbeku.




3 comments:

S..U..D..@..I..S said...

Kalau boleh jgn pergi mana2 lah time tengkujuh, apa lagi ketempat bahaya spt air terjun

umi.... said...

betul...mana2 tempat pun..spt di tepi pantai pun..tp kalau dh ajal d mana2 pun boleh berlaku..hanya kita cuba elakkan ke tempat sebegini

Anonymous said...

arwah adik sy pun mati lemas thun 2010 jgk.... kt air terjun cemerong tganu... hti2 lah klu nk pegi tpt mcam ni..lbh2 lg byk kes kepala air yg jtuh tiba2...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails