Anda mempunyai akaun blogger?

Sunday, October 10, 2010

DODOL DAUN PALAS SEBAGAI OLE-OLE DARI TERENGGANU

Setiap minggu suami saya pasti akan membawa balik dodol daun palas dari Kuala Terengganu untuk anak-anaknya sebagai ole-ole. Sebelum ini walaupun sudah bertahun-tahun bekerja dan duduk di sana, tidak pernah pula dia membeli dan cuba rasa tetapi selepas saya memperkenalkan kepadanya kini menjadi kuih kegemaran kami sekeluarga pula. Satu beg plastik yang dibeli akan habis dalam masa sehari sahaja. Malah kami anak beranak akan berebut-rebut takut habis.


satu pek plasti hanya RM2.00 sahaja


Disebabkan ianya dibungkus di dalam daun palas, rasanya wangi dan sedap sekali. Walaupun manis tetapi disebabkan ianya dibungkus kecil-kecil, jadi ianya mudah untuk dimakan dan tidak terasa manisnya. Kebiasaannya kami membeli dodol yang bungkusannya yang besar dan terpaksa dipotong kecil untuk memudahkan dimakan. Tambahan pula, dodol daun palas ini tidak melekit kerana dia telah dibungkus kering di dalam daun palas.


isinya yang kering dan tidak melekit..boleh dimakan begitu sahaja...


Jika anda tidak biasa membeli dodol daun palas dari negeri Terengganu ini, sepatutnya anda beli dahulu satu pek plastik untuk dicuba. Harganya murah sahaja iaitu RM2 untuk satu beg plastik tapi berbaloi-baloi kerana banyak juga bilangan dalam satu pek plastik tersebut. Dodol daun palas ini dijual dimerata-rata tempat di kawasan negeri Terengganu dan tempat paling mudah untuk dicari ialah di Pasar Payang dibahagian bawah sekali iaitu bahagian menjual makanan dan barang-barang dapur.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails