Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana segala usaha saya bersama keluarga selama ini tidak sia-sia. Hanya di dalam majlis ini akan diketahui apakah hadiah yang bakal saya perolehi biarpun sekadar sijil penghargaan dari penganjur yang diterima yang penting saya amat berpuas hati dengan segala usaha yang saya selama ini telah beroleh hasilnya. InsyaALLAH...
Saya pula terfikir apakah baju yang perlu dipakai semasa majlis tersebut??. Daripada undangan emel tersebut, kami (peserta yang layak pertandingan PBPT 2010) perlu memakai pakaian kemas atau baju batik. Sesuai pula dengan tema pakaian pada malam itu iaitu baju batik kerana saya baru sahaja membeli sepasang kain sutera (batik) di Pasar Payang semasa bercuti ke Kuala Terengganu hujung minggu baru-baru ini. Semestinya kain sutera yang baru dibeli itu perlu ditempah dengan segera untuk dipakai semasa menghadiri majlis tersebut. InsyaALLAH....
inilah kain sutera yang baru dibeli hujung minggu lepas di Pasar Payang, sempat ke untuk ditempah untuk majlis 2hb November 2010 ni?
3 comments:
sempat je tuh...hantar la cepat2...
yup saya dah hantar untuk ditempah tp x pasti siap atau tidak..
alhamdulillah sempat juga pakai baju ini semasa majlis tersebut....memang berbaloi..:)
Post a Comment