Pantai Kemasik merupakan pantai yang amat indah dengan pasir keemasan yang air yang jernih. Ini disebabkan pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai kemasik ini.
Sebenarnya jika pengunjung yang biasa melalui atau singgah ke sini pada tahun sebelum ini, Pantai Kemasik tidak banyak kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Bayangkan jika sebelum ini tiada tandas, tiada kedai makan, tiada tempat permainan kanak-kanak , surau dan lain-lain lagi tetapi pada masa ini semuanya telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri. Jika anda singgah di sini, tidak lupa untuk ke Jeti kayu yang dibina untuk menikmati keindahan pantai di sini dan jika anda perhatikan di bawah jeti tersebut banyak anak-anak ikan yang berada di dalamnya. Anak-anak saya yang paling khusyuk berada di sini disamping dapat merasai angin pantai dengan pemandangan indah di pesisir pantainya.
Di pantai ini turut menjadi tempat nelayan meletak bot kerana berhampiran pantai ini adalah terletaknya kampung nelayan. Suasananya amat mempersonakan kerana dapat melihat gelagat nelayan yang sedang bergerak ke laut atau yang kembali dari laut.
tempat untuk pengunjung menikmati panorama kawasan pantai dan gelagat@ aktiviti para nelayan di sini
Antara gambar-gambar paling menarik yang diambil sepanjang kami berada di sini adalah seperti di bawah. Sememangnya di sini amat menarik untuk anda singgah sebagai tempat pelancongan atau tempat beristirehat. Pasti tidak merugikan anda malah berbaloi-baloi lagi.....
aaa.. nk tanye, macam mane nak pergi mesra mall dengan bas awam?
ReplyDelete**dari kuala trgnu
ReplyDeleteBas 4 jam sekali, tok rok cetong
ReplyDeleteBaru pergi. Tempat ni mmg cantik, dan sesuai untuk photographer. Pantai ni berbeza dengan tempat lain, sebab ada batu-batu besar dekat ngan pantai..
ReplyDeleteada chalet ke pantai ini
ReplyDeleteSetuju. Cantik pantai dan pemandangannya.
ReplyDelete