Pada 23hb Disember ini kami sekeluarga akan menginap di Riyaz Hotel iaitu hadiah sempena mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu. Hotel ini terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu dan jika anda tidak pasti di mana letaknya hotel ini sila klik di sini untuk ke google maps. Jenis bilik yang kami terima untuk hadiah tersebut ialah jenis Serambi Deluxe yang sememangnya tampak bergaya dan mewah kerana hotel ini bertaraf lima bintang.
Saya telah mengintai-intai suasana sekeliling dan juga antara perkhidmatan di Riyaz Hotel daripada laman web hotel tersebut iaitu di http://www.ri-yazheritage.com/ . Bayangkan hotel yang kami akan duduki bernilai RM1000.00 untuk 2 hari dan satu malam tetapi harga promosi sempena musim cuti sekolah hanya rm288.00 sahaja.
Gambar di di atas adalah antara gambar-gambar yang saya salin daripada laman web tersebut. Mungkin selepas tarikh 23hb Disember 2010 gambar yang dimuatkan di dalam blog ini nanti adalah gambar yang saya ambil sendiri. Tidak sabar pula untuk ke sana sebab anak-anak saya suka jika bercuti dan bermalam di hotel lebih-lebih lagi jika hotel tersebut ada kolam untuk mereka mandi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa berada di sini :
memang cantik..bertuahnya badan.
ReplyDeletethanks to cempaka...alhamdulillah rezeki anak2
ReplyDeleteazrin..memang cantik..harganya pun cantik..jika tidak kerana hadiah saya rasa x berpeluang menginap hotel di sini..:)
ReplyDelete