Saya terbaca satu artikel keluaran Harian Metro tentang penyampaian hadiah pemenang di dalam Pertandingan Memancing Piala Kenyir 2010 yang diadakan di Primula Hotel semalam. Penganjuran program seumpama ini membuktikan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dikenali kaki pancing yang menjadikannya sebagai antara destinasi memancing baru di peringkat antarabangsa.
Bayangkan lebih 80 peserta terdiri daripada 60 peserta dari China dan 20 peserta tempatan bukan sahaja gembira dengan hasil tangkapan lumayan, malah memuji prasarana disediakan penganjur termasuk rumah bot yang selesa dan dilengkapi tangki tangkungan buangan baru.
Memetik dari kata-kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongam Kebudayaan , Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berdasarkan maklum balas positif peserta, kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan berkenaan dengan skala yang lebih besar pada Ogos tahun depan. Memetik kata beliau lagi, "Kita berharap dengan adanya pertandingan sebegini, ia bukan sahaja memperkenalkan Tasik Kenyir di mata dunia, malah akan dapat menjana ekonomi negara".
Daripada bacaan saya juga, pertandingan berkonsepkan tangkap dan lepas yang berlangsung selam tiga hari itu juga bertujuan mempertingkatkan hubungan dua hala anatra China dan Malaysia khususnya Terengganu dalam memperkenalkan pelaburan dan menarik pelancong ke negeri ini. Selain daripada itu, kejayaan penganjuran dan sambutan menggalakkan pertandingan seperti itu juga menunjukkan Tasik Kenyir selamat dan bebas dari bakteria e-coli.
semoga pada tahun hadapan, program seumpama ini mendapat sambutan menggalakkan dari kita Malaysia dan juga dari luar negara jua...
ReplyDeleteSemoga Tasik Kenyir terkenal di persada dunia sebagai pusat pelancungan yang menjadi dambaan pelancung.
ReplyDeletebest best...kawe nak gi sana gak...
ReplyDelete