Jika anda ke kedai ini, anda pasti keliru untuk membeli kuih yang mana satu kerana semuanya nampak sedap sahaja. Selain daripada menjual kuih, di sini turut menjual pelbagai makanan pagi antaranya nasi lemak, nasi impit bersama sate, nasi dagang dan lain-lain lagi yang telah siap dibungkus.Kebiasaannya jika saya ke sini, saya suka membeli bubur nasi untuk anak-anak, roti dan juga kuih muih antaranya temosa, karipap, kuih sekaya dan kuih lapis. Selain daripada itu, terdapat juga kuih tradisional antaranya hasidoh, jala emas, lompat tikam dan lain-lain lagi.
bubur nasi dan pelbagai kuih
roti dan juga pelbagai kek
nampak menarik jala emas dan kuih sekaya (saya tidak pasti apakah nama kuih ini)
roti dan juga pelbagai kek
nampak menarik jala emas dan kuih sekaya (saya tidak pasti apakah nama kuih ini)
Harga kuih di Kedai Kuih Che' Tar ini adalah berpatutan malah jauh lebih murah berbanding harga kuih yang dijual di tempat saya tinggal. Bayangkan buat masa sekarang dengan kenaikan harga barang, kedai ini masih menjual 4 biji kuih hanya RM1, berbanding di tempat lain hanya 3 biji untuk Rm1. Kebiasaannya saya akan membeli pelbagai jenis kuih untuk dimakan pada waktu pagi dan juga waktu petang kerana kuihnya tahan hingga ke petang hari.
rugi jika anda tidak singgah kat kedai ni...kuihnya sedap dan murah pula tu....sudah nak dpt harga mcm kedai ini d zaman yg brg mahal2 belake..:)
ReplyDelete