papan tanda di Pantai Batu Rakit
batu yang berbentuk rakit dan di atasnya terdapat rumah api kecil
anak-anak saya paling gembira apabila dapat ke pantai
Pantai Batu Rakit mempunyai panorama menarik, sangat cantik dan mendamaikan. Di sini juga banyak rumah homestay yang mengenakan harga berpatutan. Pantainya menghadap Laut China Selatan, menyebabkannya lebih luas dan lebar, berbanding di sebelah pantai barat yang agak sempit kerana terhalang oleh Selat Melaka.
Di kawasan pesisir pantai cantik dihiasi dengan beberapa perahu nelayan dan dikelilingi pula dengan pokok-pokok kelapa yang melambai-lambai. Semasa kami singgah di pantai ini, ramai kanak-kanak yang sedang bermain-main di tepi pantai. Anak-anak saya yang paling gembira sekali semasa singgah di sini. Dan buat kali pertamanya, mereka dapat mengenal obor-obor yang banyak terdampar di tepi pantai ini. Mungkin obor-obor in di bawa oleh pukulan ombak dari tengah lautan dan sehingga sampai ke pantai ini. Suasana di pantai ini nampak semulajadi dan tiada pencemaran yang teruk berlaku serta pantainya juga turut bersih.
saya suka panorama ini..pemandangan yang amat tenang sekali...
kanak-kanak riang berlari-larian di tepi pantai
kanak-kanak yang sedang leka bermain di tepi pantai
kanak-kanak yang sedang bergerak ke perahu-perahu nelayan
bergambar kenangan di samping perahu nelayan
antara gambar-gamabr obor-obor yang sempat di ambil
video pendek pemandangan di Pantai Batu Rakit
video pendek penemuan obor-obor di tepi pantai
Di sini turut ada beberapa gerai yang dibuka untuk pengunjung yang berkunjung ke sini. Dan terdapat kemudahan-kemudahan yang lain seperti taman permainan kanak-kanak, tempat duduk dan tandas. Sesungguhnya tidak rugi singgah di pantai ini kerana dapat merasai keindahan pantai yang berkonsepkan suasana di perkampungan nelayan kerana terdapat banyak perahu-perahu nelayan di tepi pantai.
Saya akui memang saya amat suka sekali ke pantai walau di mana-mana negeri yang saya pergi, tetapi di negeri Terengganu adalah berbeza dengan di negeri lain kerana pemandangannya yang unik serta banyak pantainya yang berlatarkan perkampungan nelayan seperti di sini. Tidak rugi anda singgah di mana-mana pantai di negeri Terengganu kerana berbaloi-baloi yang anda dapat. Sesungguhnya bila anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan mengatakan "Terengganu di hatiku"
2 comments:
Lama sungguh hamba tak balik kg batu rakit....rindunya hembusan bayu laut...serta sawah padi di kg.darat batu rakit....insha Allah...
Balik lah
Post a Comment