Anda mempunyai akaun blogger?

Tuesday, September 7, 2010

PANTAI KEMASIK PERSINGGAHAN TERCANTIK DI KEMAMAN

Perjalanan pulang ke Kuantan dari Kuala Terengganu menyusuri jalan pantai adalah satu perjalanan yang mengujakan dan dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Kenapa saya kata begitu? Ianya adalah kerana sepanjang di jalan pantai ini banyak lokasi menarik yang boleh kami singgah. Antaranya Pantai Kemasik yang sememangnya lokasi wajib untuk disinggah jika kami melalui kawasan ini dan terletak di daerah Kemaman. Biasanya kami singgah ke sini untuk beristirehat setelah berjam-jam duduk di dalam kereta sepanjang perjalanan tadi.


tugu tanda dan beberapa tugu pengenalan di Pantai Kemasik


Pantai Kemasik merupakan pantai yang amat indah dengan pasir keemasan yang air yang jernih. Ini disebabkan pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai kemasik ini.


pemandangan yang mengasyikkan..


Sebenarnya jika pengunjung yang biasa melalui atau singgah ke sini pada tahun sebelum ini, Pantai Kemasik tidak banyak kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Bayangkan jika sebelum ini tiada tandas, tiada kedai makan, tiada tempat permainan kanak-kanak , surau dan lain-lain lagi tetapi pada masa ini semuanya telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri.
Jika anda singgah di sini, tidak lupa untuk ke Jeti kayu yang dibina untuk menikmati keindahan pantai di sini dan jika anda perhatikan di bawah jeti tersebut banyak anak-anak ikan yang berada di dalamnya. Anak-anak saya yang paling khusyuk berada di sini disamping dapat merasai angin pantai dengan pemandangan indah di pesisir pantainya.


kanak-kanak paling gembira jika singgah di sini


jeti untuk pengunjung menikmati keindahan pantai di sini



Di pantai ini turut menjadi tempat nelayan meletak bot kerana berhampiran pantai ini adalah terletaknya kampung nelayan. Suasananya amat mempersonakan kerana dapat melihat gelagat nelayan yang sedang bergerak ke laut atau yang kembali dari laut.


tempat untuk pengunjung menikmati panorama kawasan pantai dan gelagat@ aktiviti para nelayan di sini

aktiviti nelayan berlatarkan batu besar di pantai ini

Antara gambar-gambar paling menarik yang diambil sepanjang kami berada di sini adalah seperti di bawah. Sememangnya di sini amat menarik untuk anda singgah sebagai tempat pelancongan atau tempat beristirehat. Pasti tidak merugikan anda malah berbaloi-baloi lagi.....


nelayan yang berada di dalam perahunya


laluan ke jeti berkayu, awannya yang kebiruan menjadikan panoramanya indah sekali



6 comments:

Anonymous said...

aaa.. nk tanye, macam mane nak pergi mesra mall dengan bas awam?

Anonymous said...

**dari kuala trgnu

Anonymous said...

Bas 4 jam sekali, tok rok cetong

Muhamad Nor said...

Baru pergi. Tempat ni mmg cantik, dan sesuai untuk photographer. Pantai ni berbeza dengan tempat lain, sebab ada batu-batu besar dekat ngan pantai..

terunasepi74 said...

ada chalet ke pantai ini

MAHSURI BINTI MD DESA said...

Setuju. Cantik pantai dan pemandangannya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails