Anda mempunyai akaun blogger?

Saturday, October 30, 2010

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN HUJUNG MINGGU DI BAZAAR WARISAN

Semasa berada di sekitar kawasan Bazaar Warisan pada minggu yang lepas, saya sempat mengambil gambar di satu sudut yang menarik di sini. Sudut yang dimaksudkan ialah pentas untuk Persembahan Kebudayaan Hujung Minggu anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri Terengganu. Banyak juga persembahan yang diadakan jika dibaca daripada banting yang digantung di sekitar Bazaar Warisan, antaranya ialah persembahan nyanyian, persembahan rodat, persembahan...

Tuesday, October 26, 2010

SUTERA TERENGGANU UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PBPT 2010

Berdebar-debar pula untuk menunggu hari Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010 nanti. Sebenarnya semasa membaca artikel blog daripada peserta Blog Pelancongan Terengganu yang lain pada petang tadi tentang majlis ini terasa berdebar-debar juga kerana saya tidak mendapat pun undangan itu disebabkan masih belum membuka emel kerana seharian membuat kerja yang banyak belum disiapkan. Apabila membuka emel lewat petang...

Monday, October 25, 2010

JADUAL PERJALANAN BAS CAS LIGAS

Semasa perjalanan kami sekeluarga ke Pasar Payang pagi tadi, sempat kami singgah sebentar di Perhentian Bas Bandar (Cas Ligas) untuk melihat jadual perjalanan bas ini ke destinasi-destinasi laluannya. Sebenarnya sebelum ini saya tidak tahu pun tentang jadual perjalanan bas ini tetapi disebabkan terdapat pengunjung blog yang bertanyakan tentangnya saya cuba untuk mendapatkan jadual tersebut. Semasa berada di sini sempat juga saya mengambil gambar...

CUTI-CUTI MALAYSIA DI KUALA TERENGGANU..

Hari ini merupakan cuti umum di negeri Pahang, jadi kesempatan ini saya dan keluarga datang ke Kuala Terengganu untuk berjalan-jalan ke sini. Petang semalam kami sampai di sini dan terus singgah ke kedai ICT Pok Long untuk makan petang. Walaupun sudah melewati pukul 6.00 petang masih lagi ramai pengunjung yang berkunjung ke sini. Seperti biasa jika ke sini, ikan goreng celup tepung, sotong goreng celup tepung, keropok lekor dan air kelapa adalah...

Sunday, October 17, 2010

BERENANG ADALAH AKTIVITI YANG SIHAT

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga berkesempatan menghadiri sebuah hari keluarga yang dianjurkan oleh pejabat di mana suami saya bekerja di negeri Terengganu. Sememangnya banyak aktiviti yang dianjurkan selama kami berada di sini, diantaranya barbeku, berenang di dalam kolam, sukaneka di tepi pantai dan pelbagai lagi. aktiviti renang yang menyihatkan...anak kecil saya sedang belajar berenang... Kali ini sebenarnya saya ingin bercerita...

Sunday, October 10, 2010

DODOL DAUN PALAS SEBAGAI OLE-OLE DARI TERENGGANU

Setiap minggu suami saya pasti akan membawa balik dodol daun palas dari Kuala Terengganu untuk anak-anaknya sebagai ole-ole. Sebelum ini walaupun sudah bertahun-tahun bekerja dan duduk di sana, tidak pernah pula dia membeli dan cuba rasa tetapi selepas saya memperkenalkan kepadanya kini menjadi kuih kegemaran kami sekeluarga pula. Satu beg plastik yang dibeli akan habis dalam masa sehari sahaja. Malah kami anak beranak akan berebut-rebut takut habis.satu...

Thursday, October 7, 2010

MAKAN PETANG DI KEDAI ICT HAJI POK LONG

Semasa berada di Kuala Terengganu semasa cuti perayaan baru-baru ini, kami sempat singgah makan petang di kedai ICT Haji Pok Long yang terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Ketapang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Mesti pengunjung blog merasa pelik kedai ICT yang menjual makanan petang bukan?. Saya pun membayangkan dari namanya kedai ini menjalankan perniagaan berkaitan komputer. Sebenarnya ICT adalah singkatan Ikan Celup...

Monday, October 4, 2010

LAWATAN KALI KE DUA KE KAMPUNG CINA

Walaupun tirai pertandingan blog pelancongan sudah berlabuh pada 30hb September 2010 baru-baru ini, tidak bermakna blog ini dibiarkan bersawang begitu sahaja. Seperti yang dimaklumkan oleh pihak penganjur, blog ini adalah hak milik blogger sendiri jadi tidak kisah samaada ingin memasukkan artikel walaupun tempoh pertandingan sudah berakhir. Sebenarnya pada 30 hb September 2010 ingin benar saya memasukkan lawatan kami kali ke dua saya di Kampung...
Related Posts with Thumbnails