-
Taman Tamadun Islam
Taman tema pertama mengiktiraf senibina Islam..
-
Masjid Tengku Tengah Zaharah
Masjid terapung terulung di Malaysia..
-
Masjid Kristal
Kebanggaan rakyat negeri Terengganu...
-
Noor Arfa Craft Complex
Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan...
-
Lagenda Batu Penyu, Bukit Che Hawa
Dikaitkan dengan pendaratan penyu di Rantau Abang.....
-
Rantau Abang
Tempat penyu singgah untuk bertelur.....
-
Pulau-pulau di Terengganu
Keindahan alam yang menakjubkan...
-
Tasik Kenyir
Panorama yang amat mempersonakan..
-
Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara
Keindahan pantainya yang memukau...
-
Air Terjun di Terengganu
Air Terjun yang nyaman dan menawan..
-
Kawasan Rekreasi Tasik Puteri
Panorama kawasan tasik yang cantik dan indah..
-
Santuari Gajah Sg Ketiar
Melihat,memegang,bergambar dan menunggang gajah yang jinak...
-
Nasi Dagang
Makanan popular di negeri Terengganu...
-
Keropok Lekor
Makanan kegemaran di seluruh negara kita..
-
Sate Jabi
Sekali rasa pasti nak lagi...
-
Ikan, Sotong, Udang dan Ketam Celup Tepung
Makanan berprotein yang segar dan enak sekali...
-
Satar dan Otak-otak
Enak sekali..
-
Pantai-pantai di negeri Terengganu
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan..
-
Kampung Cina
Perkampungan yang penuh bersejarah..
-
Muzium Negeri Terengganu
Tanpa sejarah siapalah kita...
-
Pasar Besar Kedai Payang
Pelbagai barangan dari seluruh negeri Terengganu ada di sini..
-
Bazaar Warisan
Pusat membeli belah bercirikan senibina tradisional Terengganu
BENDERA NEGERI TERENGGANU
CUACA DAN SUHU NEGERI TERENGGANU PADA HARI INI
LOKASI PENGUNJUNG
BILANGAN PENGUNJUNG
Geng Blog...
ARTIKEL POPULAR
-
Jika artikel sebelum ini saya pernah bercerita tentang membeli kain sutera di Pasar Payang, kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung...
-
Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang jenis kuih muih yang popular di negeri Terengganu. Pada pendapat saya, semua penduduk dari lua...
-
Suami saya selalu ke Kuala Terengganu atas urusan pekerjaannya. Kebiasaannya jika suami saya ke sana, dia pasti akan beli keropok lekor Buki...
-
Semasa perjalanan kami sekeluarga ke Pasar Payang pagi tadi, sempat kami singgah sebentar di Perhentian Bas Bandar (Cas Ligas) untuk melihat...
-
Mungkin ada pembaca di luar ingin mencari makanan dari masakan tradisional melayu negeri Terengganu. Jadi artikel kali ini saya akan berkong...
-
Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang tempat yang wajib pengunjung singgah jika datang ke Kuala Terengganu. Tempat yang dimaksudkan ...
-
Kami sekeluarga berpeluang menginap di Riyaz Heritage Resort & Spa pada minggu lepas dengan perasaan yang gembira sekali terutama tiga ...
-
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut...
-
Jika sebelum ini saya pernah memasukkan cerita tentang kesedapan keropok lekor bukit tok beng , dan kali ini sekali lagi saya akan bercerita...
-
Semasa perjalanan ke Kuala Terengganu baru-baru ini, saya berkesempatan singgah di Air Terjun Jeram Tanduk. Tempat ini dianggarkan lebih kur...
BILANGAN ARTIKEL
PANTAI DI TERENGGANU
- - Pantai Rantau Abang, Dungun
- - Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu
- - Pantai Peranginan Kelulut, Marang
- - Pantai Kemasik, Kemaman
- - Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
- - Pantai Teluk Bidara, Dungun
- - Pantai Pandak, Cendering
- - Pantai Air Tawar, Besut
- - Pantai Rhu Sepuluh, Setiu
- - Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu
- - Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman
- - Pantai Bukit Keluang, Besut
- - Pantai Kuala Dendong, Besut
AIR TERJUN DI TERENGGANU
KAWASAN REKREASI DI TERENGGANU
MAKANAN POPULAR DI TERENGGANU
- - Kedai Kuih Che' Tar, K.Terengganu
- - Kedai Makan Suka Ramai,Kg Meraga Beris
- - Kedai ICT Pok Long, Teluk Ketapang
- - Gerai Hasnik Seri Menanti, Kg Rhu
- - Restoran Mat Binjai K.Terengganu
- - Fauzi Nasi Kerabu Jalan Sri Kolam
- - Keropok Lekor/Ikan Din Tanjung
- - Kedai Sate Mastura, Jabi
- - Warung Otak-Otak Che Wan
- - Makan Tengahari di Kuala Kemaman
- - Keropok Lekor Bukit Tok Beng
- - Nasi Dagang Kak Pah-Batu Burok
- - Kuih Tradisional Negeri Terengganu
PULAU DI TERENGGANU
MASJID / SURAU
TEMPAT BERSEJARAH
- - Bukit Puteri, Kuala Terengganu
- - Kampung Cina (Chinatown), Kuala Terengganu
- - Taman Monumen, Taman Tamadun Islam
- - Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
- - Kota Lama Duyong, Pulau Duyong
- - Lagenda Batu Penyu Bukit Che Hawa, Rantau Abang
- - Memorial Batu Bersurat, Kuala Berang
- - Makam Sultan Yahya Siak
PUSAT MEMBELI BELAH
PERKARA MENARIK / PROGRAM
- - Aktiviti Candat Sotong Pakej Pelancongan
- - Le Tour De Langkawi Promosi Terengganu
- - Pertandingan Memancing
- - Pertandingan Kapal Layar Monsoon Cup
- - Festival Songket, Batek dan Kraf (FESBAK) 2010
- - Persembahan Kebudayaan Hujung Minggu
- - Jadual Perjalanan Bas Cas Ligas
- - Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge
- - Tarian Ulek Mayang
- - Tandas Eksklusif, Taman Syahbandar
- - Perkhidmatan Bas Cas Ligas
LAIN-LAIN TEMPAT MENARIK
- - Pulau Warisan,Kuala Terengganu
- - Planetarium Kuala Terengganu
- - Pusat Penerangan Penyu Rantau Abang
- - Rantau Abang, Dungun
- - Waterfront Balik Bukit, Kuala Terengganu
- - Kolam Air Panas La, Jerteh
- - Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
- - Jeti Merang, Pekan Merang, Setiu
- - Jambatan Dungun, Dungun
- - Santuari Gajah Sg Ketiar, Tasik Kenyir
- - Jeti Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
- - Kg Nelayan, Kuala Kemaman
- - Sungai Yak Yah, Kemaman
PENGINAPAN DI HOTEL
Wednesday, November 3, 2010
KEMENANGAN INI ADALAH UNTUK SEMUA
Memang saya akui, blog ini masih banyak kekurangan dan tidak sehebat blog-blog yang lain dan perlu banyak membuat pembaikan. InsyaAllah dalam masa datang saya cuba untuk melakukan beberapa pembaikan untuk cuba menangani kelemahan tersebut. Saya mengharapkan pihak di luar mengkritik secara membina untuk memastikan persembahan blog ini lebih kemas yang mempunyai informasi yang menarik serta bertujuan untuk mempromosikan pelancongan negeri Terengganu.
Sebenarnya pada permulaan blog ini dibina pada awal bulan Julai, dek sikap tamak untuk mendapatkan 75 artikel sebagai syarat pertandingan saya cuba menyalin daripada beberapa artikel daripada laman-laman web lain tanpa menyatakan sumber yang diambil. Tetapi selepas membaca dengan teliti beberapa syarat yang perlu diikuti dengan berulang kali, saya melakukan beberapa perubahan dan cuba membuat artikel mengikut acuan sendiri iaitu menceritakan langkah demi langkah pengalaman yang saya alami sendiri walaupun mungkin kekurangan dari segi tatabahasa dan kurang sedap dibaca. Memang saya akui, artikel yang saya coretkan selama ini tidaklah sehebat penulis novel mahupun pemberita di luar sana.
Pada setiap hujung minggu kami sekeluarga akan mencari bahan di seluruh negeri Terengganu mengikut kawasan yang terdekat dahulu. Contohnya pada minggu pertama ke daerah Kemaman dan minggu seterusnya ke daerah-daerah yang lain pula. Kami akan membuat perancangan terlebih dahulu untuk memastikan pada setiap minggu saya dapat menyediakan sebanyak 7 artikel dalam seminggu. Dan dalam masa sehari sepanjang kunjungan-kunjungan itu, dapat saya ke lokasi-lokasi yang menarik lebih dari 10 tempat atau 10 bahan seminggu. Selain itu, ada juga tempat menarik yang saya sempat singgah semasa laluan untuk balik ke kampung halaman di negeri Kelantan. Saya amat beruntung kerana suami dan anak-anak memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang pertandingan ini berlangsung kerana kami sekeluarga sukakan aktiviti sebegini, manakala rakan-rakan sekerja pula turut menyokong serta mengkritik jika terdapat kesalahan dalam setiap artikel yang saya paparkan.
Memang saya akui, kebanyakan tempat yang kami singgah semasa mencari bahan-bahan untuk di masukkan ke dalam blog ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ada juga tempat yang amat menakjubkan seperti di air terjunnya terutamanya yang paling tidak dapat dilupakan di Air Terjun Cemerong yang pasti akan saya jejaki lagi selepas ini. Begitu juga dengan pantai-pantai di negeri Terengganu yang bersesuaian untuk dijadikan tempat beriadah seperti di Pantai Batu Burok. Selain daripada itu makanan popular di negeri Terengganu seperti satar, otak-otak, ikan celup tepung, keropok lekor dan lain-lain lagi turut menjadi satu tarikan untuk pengunjung ke sini.
Walaupun banyak masa yang diluangkan untuk menyiapkan blog ini tetapi bagi saya ianya amat berbaloi-baloi kerana dapat merasai sendiri tempat alam semulajadi di negeri ini seperti di pantai-pantainya, air terjunnya dan makanannya yang enak-enak belaka. Dan walaupun banyak masa dan wang ringgit dicurahkan tetapi ianya amat berbaloi-baloi kerana negeri Terengganu di hatiku. Dan akhir sekali, sebenarnya kemenangan blog ini adalah untuk semua kerana bukan hanya untuk diri saya seorang tetapi kepada mempromosikan pelancongan negeri Terengganu.
Saya meminta maaf jika kemenangan blog ini menyebabkan pelbagai spekulasi yang kurang enak dilemparkan kepada pihak yang berkenaan. Mungkin kerana rezeki menyebelahi saya pada kali ini, dan mungkin rezeki anda pada masa akan datang lebih hebat daripada ini. Percayalah setiap manusia adalah hebat dan telah ditentukan rezeki masing-masing. Akhir kata marilah kita bersama-sama cuba untuk mempromosikan negeri Terengganu sesungguhnya berbaloi-baloi di Terengganu Kita.
6 comments:
tahniah kak ! =)
thanks Zqah..
Salam...
Tahniah atas kemenangan ;)
thanks ustaz...:)
yer betul...tahniah sekali lagi Haizan...
lyana thanks...tahun dpn ada lg blog contest mcm ni awak mesti masuk juga...saya pencen dh kot....saya sokong awak pl....
Post a Comment