Anda mempunyai akaun blogger?

Friday, July 9, 2010

PANTAI BUKIT KELUANG MENGGAMIT MEMORIKU...

Pantai Bukit Keluang terletak diantara sempadan Terengganu dan Kelantan yang berhampiran dengan bandar Kuala Besut,pemandangan di pantai ini sangat cantik dan dapat dilihat beberapa buah pulau dari pantai ini. Masa mula-mula menjejakkan kaki di sini, memang saya sangat teruja apa taknya di depan mata dapat melihat dan menjejakkan kaki di pantai yang bersih dan cantik iaitu Pantai Bukit Keluang.



papan tanda masuk ke Bukit Keluang


pantainya yang bersih dan kurang pengunjung...amat tenang sekali


pantai yang cantik dan bersih serta mendamaikan...jauh dari hiruk pikuk seperti di bandar..


inilah bukit yang dinamakan bukit keluang

Pantai Bukit Keluang amat sunyi dan jauh dari hiruk pikuk kenderaan atau pencemaran. Pantainya amat bersih dan menarik sekali pemandangannya. Selain daripada itu juga saya suka aktiviti mengutip kulit-kulit kerang yang telah mati dan di buat koleksi. Pemandangan Pantai Bukit Keluang, selain menjalankan aktiviti pantai, pengunjung juga boleh menjelajah gua dan mendaki Bukit Keluang ini.Keistimewaan pantai ini ialah terdapat tempat berjalan yang diperbuat daripada kayu diantara gua dan pantai.



Pulau Rhu Hentian yang kelihatan di dalam gambar


bersama rakan-rakan




Bukit Keluang Beach Resort


Pantai ini sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan kerana terdapat gua-gua kecil yang boleh dijadikan tempat bersantai. Terdapat banyak ilihan untuk menginap di sini antaranya chalet,resort,dan hotel. Jika pengunjung ingin bermalam di sini, Bukit Keluang Beach Resort menyediakan pelbagai pilihan bilik mengikut kemampuan pengunjung.


Jika anda berminat ke Bukit Keluang Beach Resort ini, sila klik pada logo di bawah...





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails