Anda mempunyai akaun blogger?

Thursday, July 22, 2010

CENDERAMATA DARI KEMAMAN

Semasa bersiar-siar di kawasan Kuala Kemaman berhampiran dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuala Kemaman , saya terpandang satu kedai yang sangat menarik perhatian. Kedai yang dimaksudkan ialah kedai menjual keropok dan tarikan yang dimaksudkan ialah jualan sampingannya iaitu kulit kerang yang telah mati. Sebenarnya saya suka mengumpul kulit-kulit kerang yang telah mati jika bersiar-siar di mana-mana pantai.


Bagi saya ia hanyalah hobi semata-mata. Tetapi ada juga penduduk yang menjadikan ianya sebagai pendapatan tambahan untuk pendapatan keluarga mereka. Mungkin pengusaha yang menjual cenderamata kulit kerang-kerangan dari bandar-bandar mengambil bahan-bahan tersebut daripada kedai-kedai dari orang kampung seperti ini sahaja. Jika kulit kerang-kerangan ini dijual di bandar-bandar besar atau kedai cenderamata di mana-mana pusat peranginan memang mahal dan amat bernilai kerana ianya dipersembahkan dengan penuh kesenian dan nampak lebih anggun.



nampak antik sangat kedai ini....dan harga kulit kerang yang dijual turut murah....dalam lingkungan RM3-RM5 bergantung kepada saiz, jika besar lebih besar sikit nilainya


indahnya kulit-kulit kerang ini..siap digantung lagi..


tersusun dengan megah...seperti masih hidup lagi...nampak kecantikan yang asli...


Jika anda seorang pengusaha cenderamata atau peminta kulit kerang-kerangan cubalah bersiar-siar di Kawasan Kuala Kemaman jika berminat. Kedai ini satu-satunya yang menjual kulit kerang-kerangan di kawasan Kuala Kemaman.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails