Anda mempunyai akaun blogger?

Thursday, July 15, 2010

JOM PAKAT GI PIKOM 2010 - PUSAT DAGANGAN TERENGGANU

Program PAMERAN ICT PIKOM (PC FAIR) adalah merupakan acara tahunan yang biasa dilakukan di sini. Sebenarnya program seumpama ini turut membantu menjana ekonomi negeri Terengganu. Program ini mendapat sambutan yang hangat daripada pengusaha peralatan komputer dan ict di seluruh negeri Terengganu dengan menyertai pameran ini.


banner yang digantung di Pusat Dagangan Terengganu..


Pameran ICT -PC Fair 2010 yang dianjurkan oleh PIKOM pada tahun ini diadakan bermula 15hb Julai dan berakhir 17 Julai 2010. Pameran ini kebiasaanya diadakan di Pusat Dagangan Terengganu atau TTC (Terengganu Trade Centre). Pameran inibermula jam 11 pagi hingga 11 malam.


Sambutan pengunjung terhadap program ini amat menggalakkan daripada penduduk sekitar, termasuk kakitangan kerajaan dan swasta serta pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi malahan penduduk di luar negeri Terengganu turut ke sini.


susunan gerai-gerai yang menyertai diletakkan di pintu masuk


ramai pengunjung yang berpusu-pusu melihat produk komputer di PC FAIR 2010


antara pengusaha alatan komputer yang menyertai pameran ini


perisian antivirus terkenal iaitu Kaspersky tidak ketinggalan turut menyertai...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails