Anda mempunyai akaun blogger?

Wednesday, July 21, 2010

MENIKMATI CAHAYA KELIP-KELIP DI SUNGAI YAK YAH

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang tempat yang popular di Kemaman iaitu Sungai Yak Yah di Kg Ibok, Kemaman. Sudah bertahun-tahun selalu ke Kemaman, tidak pernah saya menjejakkan kaki ke sini. Sungai Yak Yah sebenarnya tidak jauh daripada Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman.

inilah kunang-kunang, lihat dipunggungnya bernyala-nyala


Mungkin jika di waktu siang pengunjung akan lihat tiada apa-apa keistimewaan di sini. Tetapi pada waktu malam tempat ini akan menjadi seperti satu tempat pesta kerana ramai yang akan ke sini untuk melihat dan menikmati kecantikan cahaya kelip-kelip atau panggilan lain kunang-kunang.


Saya cuba mencari makna apakah yang istimewa dan kenapa kunang-kunang ini berkelip-kelip di dalam beberapa laman web.
Apa yang saya fahami yang kunang-kunang merupakan serangga kecil memancarkan sinar untuk saling mengenali atau untuk memberi tanda untuk mengawan, menggunakan panjang gelombang sinar yang berbeza, bergantung pada spesiesnya. Selain itu, pada beberapa spesies, kunang-kunang jantan yang mula-mula menyorotkan sinar untuk menarik sang betina, sementara pada spesies lainnya, sang betina yang “memanggil.”


Sebahagian kunang-kunang menggunakan cahaya mereka untuk mempertahankan diri. Mereka mengeluarkan sinar sebagai tanda pada musuh bahawa mereka bukan makanan yang lazat.
Cahaya kunang-kunang berperanan pula sebagai tanda peringatan, untuk memperingatkan antara sesama jenisnya tentang ancaman bahaya, mahupun peringatan bagi serangga dan burung pemangsa agar tidak memakannya.



jika anda dari arah Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman


papan tanda di Sungai Yak Yah


penulis di hadapan papan tanda Sungai Yak Yah


Semasa saya singgah di kawasan ini, terdapat beberapa bot yang diikat di tepi sungai ini. Bot tersebut adalah digunakan untuk membawa pengunjung di sepanjang Sungai Yak Yah untuk menikmati cahaya kelip-kelip. Untuk kemudahan pengunjung, pihak yang berwajib membina tangga batu untuk memudahkan para pengunjung naik atau turun dari bot. Persekitaran di sini turut adalah seperti tiada pembangunan pesat dilakukan supaya nampak semulajadi dan tidak menganggu ekosistem di kawasan terbabit.



deretan sampan yang disediakan untuk pengunjung untuk melihat cahaya kelip-kelip pada waktu malam

laluan untuk pengunjung naik atau turun dari sampan


inilah suasana Sungai Yak Yah ataupun laluan untuk pengunjung melihat kelip-kelip


pemandangan di waktu malam pasti memukau pengunjung...


4 comments:

Muhamad Nor said...

baru je pergi.. tapi tempat tu mcm dlu lagi.. tak de pembagunan dah...

AyongHaha@Izwan said...

Rumoh dekat doohhh tp x rajin sekali abuk tengok kelip ii hahahaha

Unknown said...

Kena bayar ta kalau nak naik ? Malam boleh naikkan?

Unknown said...

Berapa bayaran nak tgok kelip2

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails