Anda mempunyai akaun blogger?

Sunday, July 11, 2010

MENZIARAHI TEMPAT BERSEJARAH - KAWASAN REKREASI TELAGA SIMPUL

Pada hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga sempat ke daerah Kemaman untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Dan kali ini saya ingin berkongsi tentang sebuah tempat bersejarah yang terkenal iaitu Telaga simpul.


penunjuk arah ke Telaga Simpul di jalan utama di Kemaman (jika dari Kuantan)


penunjuk arah masuk ke Kawasan Rekreasi Telaga Simpul


Telaga simpul ini terletak di Pantai Marina dan telah diubahsuai menjadi satu tempat rekreasi yang dapat menarik pengunjung ke sini yang dinamakan Kawasan Rekreasi Telaga Simpul. Kawasan ini sebenarnya hanya 15 minit daripada Bandar Chukai. Jika dibandingkan dengan kunjungan ke sini setahun yang lepas,saya perhatikan kawasan rekreasi ini telah banyak berubah.


Antaranya banyak dibina dengan tempat-tempat duduk berbumbung dan permainan baru yang berbentuk kapal layar untuk menarik perhatian kanak-kanak. Selain daripada itu, kemudahan tandas dan kedai-kedai makan turut disediakan untuk keselesaan pengunjung.



pihak MPK telah mencantikkan Telaga Simpul dan membina pintu gerbang penanda "TELAGA SIMPUL"


cantik sungguh pemandangan di Kawasan Rekreasi Telaga Simpul ni...


tempat permainan kanak-kanak dan tempat duduk yang dapat menarik pengunjung ke sini



Sebenarnya saya pun tidak tahu apakah sebenarnya sejarah Telaga Simpul ini, tetapi setelah membaca tugunya barulah saya mengetahui kisah disebalik nama Telaga Simpul. Daripada tugu tersebut menyatakan :


" Telaga Simpul merupakan aliran air yang mengalir turun dari atas bukit dan bertakung. Takungan mata air ini telah digunakan oleh penduduk tempatan dan pelayar-pelayar yang singgah untuk mandi, membasuh dan juga bagi tujuan air minuman. Ia terletak di pinggir pantai Marina. Menurut cerita daripada orang-orang tua, kawasan tersebut pernah menjadi tempat kediaman makhluk halus yang mana penduduk tempatan pernah membuat urusan pinjam meminjam bahan-bahan tembikar untuk kenduri kendara.
Mengikut catatan Abdullah Munsyi dalam buku "Kisah pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan" ada menyebut semasa pelayaran balik dari Kelantan, beliau telah singgah di suatu tempat di Kemaman iaitu Telaga Simpul untuk mengambil air minuman dan mandi manda. Semasa di Telaga Simpul beliau dan awak-awak yang mandi, setiap orang di situ dimestikan mengambil daun mengkuang yang tumbuh di sekitar itu dan menyimpulkannya kemudian diletakkan berhampiran telaga sekiranya gagal berbuat demikian mereka akan ditimpa bencana".

inilah tugu yang menceritakan sejarah TELAGA SIMPUL


Barulah saya sedar yang KEMAMAN mempunyai sejarahnya yang amat bernilai dan seharusnya dijaga dengan baik untuk tatapan generasi pada masa akan datang.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails