Anda mempunyai akaun blogger?

Wednesday, July 7, 2010

NASI DAGANG KAK PAH BATU BUROK

Kali ini saya nak berkongsi cerita tentang nasi dagang Kak Pah di Pantai Batu Burok. Nasi dagangnya memang sedap sekali kerana jika anda lewat ke kedai ini anda tak sempat nak merasa kerana habis seawal jam 10.00 pagi. Alamat kedai tersebut ialah Kedai Nasi Dagang Kak Pah, Gerai nombor 30 di deretan kedai makan di Pantai Batu Burok.



Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.


Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.



nampak enak bukan?..sememangnya enak....takkan lah habis licin macam gambar di bawah


habis licin...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails