Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, July 26, 2010

PERTANDINGAN MEMANCING PIALA BANDARAYA 2010

Negeri Terengganu amat meriah dengan pelbagai program yang menarik pengunjung di seluruh Malaysia sama ada di dalam negeri Terengganu mahupun luar negeri Terengganu. Selain daripada itu juga, program seumpama ini turut akan menarik pelancong luar untuk bersama-sama menyertai semua program yang di adakan tersebut.


Iklan Pertandingan Memancing Piala Bandaraya 2010


Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu program memancing yang diberi nama Pertandingan Memancing Piala Bandaraya 2010 ini akan di adakan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Program ini akan diadakan pada 31 Julai 2010 yang bermula jam 8.10 pagi hingga 12.30 tengahari.


Hadiah pertandingannya amat lumayan iaitu johan akan memenangi RM22,000.00, tempat ke-2 sebanyak RM10,000.00, tempat ke-3 pula ialah sebanyak RM5,000.00, tempat ke-4 sebanyak RM2,000.00, tempat ke-5 sebanyak RM1,000.00 dan akhir sekali RM500.00. Selain daripada itu juga tempat ketujuh hingga ke- 25 turut tidak balik dengan tangan yang kosong kerana ada hadiah yang akan menanti mereka.


Jadi tunggu apalagi, marilah daftar nama anda dengan menelefon kepada yang berkenaan untuk menyertai pertandingan ini.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails